Friday, August 19, 2011

LET'S TALK ABOUT LOVE



Salam Ramadhan sahabat sekalian, sekejap jer kite da sampai ke hari-hari terakhir 10 Ramadhan.. masa tu pantas berlalu, moga ibadah kite pada bulan ini ditingkatkan dan mendapat ganjaran pahala daripada Allah S.W.T.

Hari ini, entah kenapa terlintas di hati ini untuk menulis tentang fitrah, fitrah kurniaan Allah untuk kita semua. Alhamdulillah, fitrah ini sahabat-sahabat mesti menghargainya. Jangan sesekali disiakan.

Tidak putus ada sahabat-sahabat yang bertanyakan tentang fitrah cinta ini.

Sesungguhnya, tidak ke mana pun kehidupan kita jika tidak berpaksikan wahyu. Diri tetap akan dibelenggu dengan pelbagai persoalan dan resah. Jadikanlah islam sebagai cara hidup dan jangan sesekali dipisahkan.

Aku juga masih belajar dan aku sedang memahami cinta berpaksikan wahyu.

Couple dan cinta merupakan sesuatu yang amat berbeza di mana cinta boleh sahaja dirasai tanpa couple. Tetapi adakah couple itu cinta? Atau boleh sahaja bercouple tanpa cinta? Kalau ada yang mengatakan bahawa mereka yang di luar sana bercouple kerana cinta, aku tetap mengatakan ianya sesuatu yang amat sia-sia.

Berpaksikan wahyu teras utama, tetapi couple adakah ianya berteraskan wahyu?

"Tidak payah bersentuhan tangan kerana mereka sudah bersentuhan hati, dan tidak payah berbalas-balas kerlingan mata kerana mereka sudah pun berbalas-balas doa."

Kata-kata di atas yang aku ingat semula di mana aku pernah terbaca, ianya memberi maksud yang mendalam. Orang yang betul-betul sayangkan seseorang tidak akan membawa orang yang dia sayang ke jalan yang dimurkai Allah.

Apabila sudah berpegangan tangan, apabila pandangan mereka tidak sekali dijaga dan hati tidak tenang sama sekali, itulah tandanya sudah hilang cinta dan rasa kasih sayang.

Sampaikan satu masa aku menitis air mata kerana hati ini terlalu banyak maksiatnya, terlalu banyak dosanya.. dan aku akui.. hati aku sekarang tidak baik.. menanti sesuatu yang tidak pasti.. Terasa begitu jauh dengan Tuhan.. mungkin Ramadhan ini ada hikmahnya.. mengajar aku untuk lebih bertenang... Moga berterusan..

Moga Allah pelihara hatiku untuk terus tunduk dan malu kepada-MU Tuhan...

Wednesday, August 10, 2011

WORDLESS WEDNESDAY #4


Andai aku punya iman sebegini... pasti akan kuat semangatku untuk menempuh hari-hari kemudian...



p/s~ Jodoh itu rahsia Allah.. siapa kita untuk menidakkannya.. (^_^)

KISAH SEMALAM


Salam to all... oooo baru aku ingat, hari ni rabu yer tak.. haaa jap kang aku wat WORDLESS WEDNESDAY ea... kali ni nak citer pasal kisah semalam, kisah semalam yang membuatkan aku teringat kisah lampau, kisah semalam yang membuatkan aku mengimbas 1001 satu kenangan, (maaf entry ni akan membuatkan kowang batal pose sebab akan muntah melebihi dos hahaha, aku tataw nak luah ke mane, so aku decide untuk luahkan ke blog, sorry again!)

Semalam... adik aku bawak bakal jodoh beliau datang berbuka puasa kat rumah, honestly, i like that boy, dia boleh buat adik aku happy, dia boleh bergurau senda dengan mak aku, dia boleh melayan adik laki aku yang tingtong tu dan aku pasti dia boleh bahagiakan adik aku jika jodoh diorang ada. Dan aku tak kisah andai kata, satu hari nanti adik aku kahwin dulu daripada aku, jodohnya dah sampai. Aku tumpang gembira.

Cuma semalam aku sebak, aku sebak terkenangkan yang lalu hahahaha (it's so stupid of me i think) yeahhh.. aku teringat pada my first, dulu.. dia pon selalu datang berbuka dekat rumah, bergurau ngan mak aku, melayan adik-adik aku.. 4 tahun.. banyak benda yang jadi, banyak kenangan yang terjalin, banyak kisah yang tercatit... tapi tu semua da tinggal kenangan, tapi aku still simpan mesej-mesej dia, nombor dia.. hahahaha aku rasa aku da gila nih.

And now.. aku ada someone... tapi aku tataw sama ada dia yang tak layak untuk aku, atau aku yang tak layak untuk dia.  Sedaya upaya aku try untuk buat dia happy, walaupun kami jauh.. Sedaya upaya jugak aku try membuatkan kami dekat walaupun hakikatnya kami tetap jauh.. Dia sangat berbeza dengan yang pertama, macam langit dengan bumi! Honestly, aku tak happy, aku cuba happykan diri aku, tapi sebenarnya aku langsung tak happy.  Selalu aku cuba untuk padamkan status dekat facebook aku, tapi selalu jugak tangan aku susah untuk klik butang pangkah tu.  Sebab aku pikir, apa yang akan jadi pada dia, boleh ke dia terima, macam-macam aku pikir, rasa bodoh pikirkan orang yang tak pikirkan kita. Sangat bodoh!  Tapi aku still tak buat pon.. hahahaha, aku ni ke yang terlalu baik, ataupun terlalu bodoh aku pon tataw.

p/s~ Cemburu melihat orang sekeliling aku bahagia.

Thursday, August 04, 2011

BATAL KE PUASA KALAU KOREK HIDONG DAN TELINGA?


Salam to all, pergh.. arini memang aku mood rajen terlebey, hahaha, korang pernah tak tyme pose korek hidong, takpon korek telinga, pastu ada orang nampak dan kate ko da terbatal pose sebab masukkan sesuatu ke dalam rongga? Aku pernah, dan aku cam pehal lak nak batal pose, aku korek idong jer pon, bukannye aku makan dan buat aku kenyang. Dan ramai yang persoalkan balek bile aku jawab tak batal pose kalo korek idong. huahuahua. Pada semua, KETAHUILAH KOREK IDONG DAN TELINGA ITU TIDAK MEMBATALKAN PUASA. Sebab? nah aku kopi paste jer dari tenet, kang aku bagi hujah aku sediri takot lak korang tak fahamkan?

Soalan:

Batal kah puasa kalau kita korek hidung atau buang tahi telinga. Kalau masukkan air dlm hidung adalah sunat semasa mengambil wuduk, membuang najis dalam rongga pun dikira batal ke tidak? Ada tak dalilnya?

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Mengeluarkan kotoran daripada hidung dan telinga tidak membatalkan puasa. Kerana ia bukan dikira makan dan minum, dan tidak boleh disamakan makna dengan makan dan minum.

Memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudhu’ juga tidak membatalkan puasa, tetapi janganlah berlebihan. Dalam hadis Laqit bin Shabirah:

Maksudnya: Berlebih-lebihlah dalam istinsyaq kecuali jika kamu berpuasa.
Direkod oleh Abu Daud (no: 142), Tirmizi (no: 788), Nasaie (no: 87) dan Ibn Majah (no: 407).

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net


p/s~ Kalo da tatau tu.. kenela rajin-rajinkan diri mencari jawapan, mane nak dapat ilmu kalo malas nak mencari ye tak?  Tapi kalo korang korek idong or tinga, and then tetibe rase stim semacam, haaa yang tu memang kene cepat kawen la tu, carikla pulak dalilnya wakakakaka ;p



SIMBAH ASID LAGI


Salam to all. Amacam kowang, pose tak hari ni.. sekejap jer dah masuk 4 hari kan pose, sape yang da makin turun berat badan? ke maintain cam aku? miahaha. Selamat menunaikan ibadah pose la untuk korang, terawih jangan tinggal ea, mata kene jaga, mulot jangan nak mencarut jer kejenye cam aku ni, tangan pon kene pose gak.

Sudah-sudah, panjang pulak intronya.

Back to da topic! Taon ni aku rasa banyak benar cite simbah-simbah asid ni la.. asal tak puas ati jer simbah, yang menariknya, dorang men simbah secara rawak jer plak tu.. tawla asid tu murah, bape hinggit jer pon ko boleh dapat berbotol2 kan.. tapi hagak2la wey, memudaratkan orang yang ko simbah tu.. cacat kekal kot.. kesian.. Aku rasa memang mental la orang yang simbah-simbah asid ni, memang sawan gila babi aku rasa (oppsss puasa!).  Dah, takmo cakap banyak, kang makin tercelupar lak tangan-tangan aku ni menaip yang bukan-bukan.  Nak kongsi ngan korang satu cerita pasal simbah asid yang baru berlaku dekat Kota Bharu, Kelantan. Kesian... Sumber dari Metro.

‘Saya rasa terbakar’

Oleh Rosliza Mohamed
am@hmetro.com.my

CEDERA...keadaan tubuh Faizal akibat disimbah asid oleh individu tidak dikenali, kelmarin.
CEDERA...keadaan tubuh Faizal akibat disimbah asid oleh individu tidak dikenali, kelmarin. 
 
KOTA BHARU: Seorang jurujual nekad berlari sejauh kira-kira 30 meter dalam keadaan kepanasan untuk mendapatkan rawatan selepas disimbah cecair dipercayai asid dalam kejadian di Taman Uda Murni, dekat Pengkalan Chepa, malam kelmarin.

Mangsa, Faizal Halim Rustam, 37, berkata, sebelum kejadian dia berada di hadapan sebuah kedai sambil membaca akhbar selepas membeli minuman kira-kira jam 8.30 malam.

“Secara tiba-tiba saya berasa seperti belakang badan, kepala serta muka terbakar selepas disimbah sejenis cecair oleh individu yang tidak saya kenali.

“Saya berlari ke sebuah klinik komuniti berhampiran yang terletak kira-kira 30 meter dari tempat kejadian bagi mendapatkan rawatan awal. Sebaik tiba, kakitangan di klinik itu menyapukan krim ke seluruh anggota badan serta muka,” katanya.

Menurut Faizal, dia dihantar ke Kota Bharu Medical Centre (KBMC) untuk rawatan lanjut sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) kerana kecederaan serius di bahagian mata.

Ketika ditanya mengenai motif kejadian, Faizal berkata, kemungkinan ada individu dengki dengannya dan enggan mengulas lanjut serta menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan.

“Saya tidak bermusuh dengan sesiapa dan menyerahkan kepada polis menjalankan siasatan dan berharap suspek yang terbabit dengan kejadian ini dapat ditangkap segera,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu.

Dalam pada itu, Pegawai Perhubungan Awam HRPZ II, Zaid Ahmad berkata, Faizal masih menerima rawatan lanjut di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan dan mengalami kesan terbakar lebih 17 peratus.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.


p/s~ pasni kalo nak kuar umah kene pakai baju perisai sekali dengan helmet, kang tak memasal kite pulak yang kene, mintak simpanglaaaaa

Monday, August 01, 2011

RAMADHAN DATANG LAGI


Dikesempatan ini, aku nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa bagi bulan Ramadhan 1432H (wahhh terasa cam atok yang beritau mohor-mohor besar plak) tapi atok yang selalu tu da takde kan, semalam atok laen.. cam tak syok pulak.

Aku nak mintak maaf kat kowang yang ada kenal aku, terbaca blog aku, terskodeng2 ke sini ke... kot-kotla aku ada wat salah.. Well aku taw.. setiap tingkah laku aku, ada gak yang guris ati perasaan kowang2 kan, tak kisahla dari segi percakapan ke.. lenggok tubuh yang menggoda ker.. hehe.. sowi guys! Kadang-kadang aku tak pasan aku wat sume tu.. sebab aku memang jenis yang takde sense of humor yang tinggi agaknye.. hahaha, maafkan aku k?

Entah nape... hari ni aku rasa hati aku piluuuuu sangat.. hahahaha, umor da makin pendek agaknya kan.. Moga jumpa ubatnya nanti. :)

p/s~ rindu kat kampong.. rindu kat arwah wan... rindu curi2 minom air dalam peti sejok tyme pose, aku rindu zaman nakal aku dulu... :')



Friday, July 29, 2011

JANGAN BERSEDIH!


Malam tadi merupakan detik bersejarah bagi skuad Harimau Malaya, namun kecundang dan terpaksa tunduk dengan kemegahan sang Singa.  Mungkin bukan rezeki kita, tapi aku amat berpuas hati dengan corak permainan yang ditunjukkan oleh sang Harimau sebab bermati-matian berusaha hingga ke akhir untuk terus bangkit bagi mendapatkan mata untuk layak ke peringkat seterusnya.

Jangan sedih... ini baru permulaan, bukan sebuah pengakhiran (huhu.. pujuk diri sendiri macamkan aku yang main hahaha).  Yang aku nampak, banyak gler drama dan kecederaan dari skuad sang Singa yang sengaja melengah-lengahkan masa, asal jatuh sikit jer kemain tergolek2 berguling2, Malaysia jatuh terus bangun kot, mengada-ngada lah ko Singa! dasar Singa betina betol, lembik, manjang jatohnye.. (opsss.. sori saya terkasar, haha)

Khairul Fahmi Che Mat memang penyelamat... kalaulah dia yang menjaga gawang Malaysia time lawan kat Singapore... mesti tak bolos sampai 5 kat sana.. (huhu.. sob! sob!).  Ni petikan dari surat khabar Metro hari ni, saja nak kongsi ngan kowang, jangan patah semangat Harimau! Esok masih ada... chill... kami bangga dengan kamu semua!

‘Bukan salah kami’

Oleh Aziman Rosdi dan Azlan Muhammad Zain
sukan@hmetro.com.my

TANGKAS...penjaga gol  Malaysia, Khairul Fahmi  tangkas menyelamatkan gawangnya daripada ditembusi dua penyerang Singapura, semalam.
TANGKAS...penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi tangkas menyelamatkan gawangnya daripada ditembusi dua penyerang Singapura, semalam.

TERSINGKIR di pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 dengan agregat 6-4 selepas seri 1-1 dalam aksi timbal balik menentang Singapura, malam tadi adalah keputusan yang tidak adil buat ketua jurulatih negara, Datuk K Rajagobal.

Bagi pengendali negara berusia 55 tahun itu, barisan Harimau Malaya sebenarnya mampu memenangi perlawanan itu jika tidak kerana taktik pemain lawan yang gemar melengah-lengahkan permainan.

“Saya tidak fikir keputusan ini adil buat kami, secara jujurnya kami boleh memenangi perlawanan ini. Walaupun secara keseluruhan kami tidak tewas malam ini (semalam), saya gembira dengan permainan pemain-pemain khususnya pada babak kedua,” katanya pada sidang media selepas tamat perlawanan.

Semuanya tidak menjadi buat Malaysia pada babak pertama apabila bahagian serangan yang diketuai, Mohd Safee Sali gagal memecah benteng pasukan pelawat meskipun mendapat sorakan padu 90,000 penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ketiadaan kapten, Mohd Safiq Rahim yang digantung perlawanan nyata memberi kesan apabila pengganti Ismail Faruqi Ashari tenggelam di bahagian tengah.

Sebaliknya skuad singa memperoleh sekurang-kurangnya tiga percubaan terbaik termasuk sepakan jarak dekat pemain ‘import’ Qiu Li dan Aleksandar Duric namun berjaya dihalang dengan ketangkasan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Dengan pemain Singapura kendalian Radojko Avramovich lebih gemar ‘berlakon’ seperti kecederaan untuk melengah-lengahkan permainan, babak pertama berakhir 0-0.

Namun kedudukan berubah pada separuh masa kedua. Bermula dengan gerakan pemain sayap lincah, S Kunanlan bijak memperdayakan dua pemain Singapura melorongkan bola kepada Safee yang merembat deras menewaskan penjaga gol Mohamad Izwan Mahbud di minit ke-57.

Namun ketika Harimau Malaya hanya memerlukan satu gol lagi untuk mengikat agregat 5-5, pintu gol dibocori di minit ke-72 hasil percubaan pemain natrulisasi dari China, Shi Jiayi sekali gus menyentap semangat juang anak buah Rajagobal.

Tambah perit pemain gantian Ahmad Fakri Saarani dilayangkan kad merah pengadil Jepun, Takayama Hiroyoshi pada masa tambahan dengan Singapura pula meneruskan taktik melengahkan permainan sehingga wisel penamat dibunyikan.

“Kami mendapat satu gol dan kami sepatutnya boleh menambah jaringan kedua tapi permainan kami sering diganggu dengan tindakan pemain Singapura yang kerap cedera.

“Saya tidak fikir pemain-pemain mengecewakan peminat yang datang memberi sokongan kerana mereka sudah berusaha bersungguh-sungguh,” katanya.

Dengan agregat 6-4 Singapura mara ke pusingan ketiga peringkat kumpulan manakala Malaysia juara Piala Suzuki AFF dan Sukan Sea Laos 2009 pula terus kempunan sejak bersaing di peringkat kelayakan Piala Dunia pada 1974.


p/s~ it's ok.... Malaysia dah berusaha! semangat juang yang tinggi! syabas untuk Malaysia! Walaupun kita kalah, tapi kita kalah bermaruah! :)



Thursday, July 28, 2011

ANTARA HIDUP DAN MATI


Salam to all... wahhhh.. sume pakat pakai baju hitam kuning hitam kuning hitam kuning.. auwwww!! berpinar mate makk! semangat doh! baguih baguih. :)


Pagi-pagi lagi sebelom g kerja da bercerita pasal bola.. yang tak boleh blah penceritanya adalah daripada My Sweety Hunny Mother, dan pendengarnya adalah dari anaknya sendiri huahuahua.

MSHM       : oooo malam ni bola yer Yong! (panggilan aku kat rumah)

Aku          : A'ah nape?

MSHM      : Main kat buket Jalil kan? Jomla kite g tengok, seronok pulak tengok orang bersesak-sesak kat tv tu

Aku         : dalam ati (jadah ape pulak mak aku nak tgk bola kt stadium nih) Mak bia betol! mamai ape.. haha

MSHM      :  Mak teringin nak tengok si Aidil tuuu... elok pulak dah dia dengan Rita agaknya yer

Aku        : (tyme ni memang aku da gelak tak hengat!) Mak minat gak kat si Aidil ape ke? ape masuk bab Rita pulak ni.

MSHM     : Ape, ingat mak tak reti ke tengok bola (alala.. da sentap da mak aku hahahaha)

Aku      : Hahaha, yela yela. :)
 


Moral of da story ~ mak gua pon layan bola derrrrr!! tapi separuh jalan jerla selalu, pastu dengkur, esok pagi tanya sape menang.. hampeh =_="

p/s ~ for Harimau Malaya! go go tigers! we Malaysian always support u from behind! jangan takut dengan si Singa yang gah dengan 5 ekor berok2nya, sebab kite ada 11 Harimau Malaya Tempatan yang tak takot gentar! to Singa, selamat datang ke kandang Harimau!! AUMMMMMMM!!!

Wednesday, July 20, 2011

WORDLESS WEDNESDAY #3


Tamau cakap banyak, tengok jerla pic kat bawah ni. Agak-agak ape kowang pk?


p/s~ aku rasa kan... aku rasa... aku ada secret admirer la.. macam ade orang stalker aku dari jaoh nih! seram dohhhh!




Tuesday, July 19, 2011

TERBAEKKKK!! :)

Salam to all.. da hari Selasa da beb.. kejap jer kan.. konon nak g men futsal arini, tapi sebab tahap kemalasan yang melampau, jadi aku malas nak bersukan..:)

Korang-korang, meh meh aku nak bercerita sikit.. hehehe, korang ingat tak entry yang NI pasal aku derma darah kat lintah tu... haaaa jerawat aku oppsssss tak bole cakap kekuat, simpang.. Mr. J aku da takde.. dye da pindah ke bontot tempat laen, hahahaha.  Aku happy bile ramai yang tegor aku pakai produk ape nak hilangkan jerawat tu.  Sebab sebelom aku gune bekam lintah tu, memangla banyak, tak terkire, kat dahi, kat pipi, kat dagu, even kat leher yang tak pernah2 Mr. J nak jejak pon tumbuh gak.. memang stress gler aku tyme tu, sume cakap aku salah makan la, salah gune produk la, cakap muke aku terok la.. huaaaaa mak stresss nokkkk!!!

Dan tyme tu, memang aku tak jangka yang Mr. J nak beranak pinak banyak sangat kat muke aku, sebab selalu kalo beliau nak membuat onar pon hanyalah seketol dua bini-bini beliau yang besar-besar tu menepek, pastu hilang macam tu jer, tapi kali ni, perkampungan dan wilayahnya begitula besar, beliau semakin menjadi-jadi berkuasanya! huh! Jahatnya kamu! Tyme ni aku minom banyak giler air kosong, asal aku da terkencing jer, mesti aku refill balek air yang da terbuang tu, sebab aku rasa darah dalam badan aku ni sangat kotor, jadi harus dibersihkan hahahaha (ni teori aku jer, biasala tengah tension, segala-galanya nak dicuba)

Then after aku da wat bekam lintah yang aku cite tu.. perubahannya begitula ketara, sekarang tinggal parut-parut jerla nak hilang, nak hilangkan parut tu aku gune jer bedak sejok, ntah. maen tepek jer, tapi aku da beli la fair n luvly yang anti-marks tu, so far, ok kot ngan muke aku. Sekarang ni kalo orang tanye aku gune produk ape untuk hilangkan jerawat, aku akan jawab gunalah lintah, hahahaha, berkesan kot! harus try, tak cube mane nak taw kan. Ko ingat aku tak geli ke lintah tu menyedot darah kotor aku? Tapi sebab aku pikir nak baik, ku gagahi jua. hahaha. Hidoplah lintah, matilah Mr. J! Hungga Hungga!

 Lebih kurang ginila rawatan bekam lintah yang aku buat


p/s~ sorry tak letak perbezaan wajah aku, sebab kadang-kadang, hidup ni kenalah misteri sekali sekala ;p


Wednesday, July 13, 2011

KOMIK!


Hey guys! aku rajen sangat hari ni sampai buat dua entry dalam satu hari hahahahaha. So this tyme, nak share komik-komik yang ada dalam simpanan aku, and aku tau.. some of it korang da pernah baca kot, sebab ianya selalu keluar dalam suratkhabar Berita Harian, if aku tak silap :)

Enjoyssssss!!!!! :D

 Bahasa rojak

 Bahasa

 Bahasa Inggeris

 English for science

 English for science 2

 Etika Makan

 Guru sukan

Relevenkah henset di sekolah?
 Hantaran

 Makanan merbahaya

 Handset di sekolah 2

 Rukunegara

 Sains

Taman

p/s~ Banyak jugak yang aku simpan ea.. hahahaha :D

WORDLESS WEDNESDAY #2


Salam to all.. i have something dat i wanna to share wif u guys! check it out!! :)

 Biasa bagi kita tapi pelik bagi mereka (ihsan dari makcik google)

p/s~ Allah itu sentiasa ada dimana-mana :)


Friday, July 08, 2011

BERSIH KE KOTOR?


Salam to all... how's your day for today, it's a wonderful day right? however, tomorrow maybe is the worth day ever, well u guys noe kan about da perhimpunan BERSIH? yeahhh dat is HARAM ok haha.

Testing my english language.. i noe it's broken, jaz don laugh at me.. da lame kot tak speakang bagai, yerla menjawat jawatan sebagai pekerja untuk kerajaan, Bahasa Melayu menjadi keutamaan, membuatkan english aku terjerumus ke jurang Mariana hahahaa.

Esok (9/7/11) maybe akan menjadi detik bersejarah untuk Malaysia, sebab ape? sebab ada demonstrasi jalanan (sekarang da naek taraf wat kat stadium pulak) kt key hell (KL) tu.. aku rasa satu Malaysia da taw mende ni, even satu dunia pon da taw pasal ni, korang agak-agak camne la tanggapan negara luar kat Malaysia sekarang? Malaysia pengganas? Malaysia aman? kucar kacir? porak peranda? well.. of course yang negatif maaaaa.... dan aku rasa kuasa-kuasa besar kat luar sane mesti tengah bertepok tangan dan tengah merancang sesuatu (jeng jeng jeng.. six sense aku begitu tinggi kebelakangan nih hahaha)

Motif nak merebut kuasa tu kemain lagi kuatnya.. haish.. bak kata PM kite, bertandingla secara adil, pilihanraya kan ada, kuasa di tangan rakyat, buat ape nak buat perhimpunan bagai kalo setakat nak memalukan negara di mata dunia?

Patutnya tangkap jer si Ambiga tu, dok membebel2 nak buat jugak, motif? konon nak membersihkan pilihanraya, ape murni sangat ke niat ko tu?

Semoga esok takde pertumpahan darah yang berlaku, dan moga Malaysia ni tetap aman.. jangan diulang peristiwa 13 Mei, jangan digugat kemerdekaan negara, datok nenek kite bertumpah darah mempertahankannya. Kenapa perlu permusuhan, andai kita boleh capai perdamaian... Sedih, sedih dengan keadaan sekarang, sangat sedih!


p/s~ errrrr.. nak join la esok! wahahahaha
p/s2~ jiwa patriotik aku begitu membara sekarang! Moga Malaysia kekal aman.. Peace No War!

Wednesday, July 06, 2011

Friday, July 01, 2011

TUNANGKU PEMBELOT!


Salam to all... Alhamdulillah.. aku masih bernafas lagi pagi ni bagi meneruskan hidup untuk hari ni.. and the day after today, means tomorrow, aku akan jejak lagi satu angka.. wahhh da besar, yeay! kite da besar.. tp perangai stil sama... bile nak berubah ntah.. -_-"

Tu tajok kat atas tu takde kene mengena ngan aku ye.. jaz nak share ngan korang berita yang aku baca dekat Metro pagi ni, hehhe.. aku jangan kan tunang, pencarian soulmate pon belom berakhir, skandal pon makin berkurang.. hishh nampak sangat makin ari makin tak laku nih.. ayark! (sambil masukkan botox dekat pipi)


KUALA LUMPUR: Barang hantaran dan kad undangan sudah disiapkan, namun remuk hati seorang wanita apabila tunang kesayangannya tanpa diduga berkahwin dengan orang lain pada tarikh yang ditetapkan untuk majlis perkahwinan mereka.

“Tarikh 4 Jun 2011 sepatutnya dia bersanding dengan saya tetapi luluh hati saya apabila pada hari itu bekas tunang saya diijab kabul dengan wanita lain,” kata wanita itu yang mahu dikenali sebagai Mimi, 25.

Mimi berkata, dia tidak menyangka pengorbanan selama enam tahun berkenalan dengan lelaki itu yang dinamakannya, Z sebelum mengikat tali pertunangan pada 6 April 2007 berakhir dengan titik hitam dalam hidupnya.

“Hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaan saya kerana segala persiapan untuk perkahwinan disiapkan keluarga saya dan hanya menunggu tarikh majlis kenduri diadakan.

“Tergamak dia menconteng arang di muka saya dan keluarga, sedangkan saya dan keluarga melayan dia dengan baik sepanjang perhubungan kami,” kata anak ketujuh daripada lapan beradik yang bekerja sebagai jurujual itu.


Ihhh ihhh ihhh.. kesian seyh.. nampak no laki tu tak setia, meh kapel ngan aku, gerenti ko tak nyesal hehe...

p/s~ aku berdoa, perkara-perkara yang menyedihkan seperti ni, takkan terjadi dekat aku, adik-adik aku, sanak saudara aku, dan kawan-kawan aku.. amin...


Thursday, June 30, 2011

SPONTANEOUS THURSDAY

Salam to all, manjang hai-hai jer.. bajet mat salleh, tapi speaking kelaut.  Woohhh da KHAMIS laaaa... psssttt pssssttt malam JUMAAT.. syiokkkkk.. ade cite 'YOU SAKA, PERGI JAOH-JAOH' wahaha, ape kowang pikir? ape kowang pikir? tak sudah sudah kan.. ish ish ish... bawak2la bertobat yob.. awok tu da tak lame lagi.. ish ish ish.. sob sob!

Haaa ni lagi satu, jadah ape menatang 'SPONTANEOUS THURSDAY' nih, belom aku terkujut dari 'WORDLESS WEDNESDAY' adalak susulan 'SPONTANEOUS THURSDAY' hish.. macam-macam yer idea kome.. teman tak terikot dek zaman da.. esok mesti pulak kuar 'MAGICAL FRIDAY', 'HORROBLE SATURDAY', 'BEAUTIFUL SUNDAY'.. ihhhh tak sio teman.

Teman try rogol2 gogol-gogol si makcik google, idok la pulak teman jumpo maksud menatang tu... ate.. kome yang laen, kononnye blogger2 malaysia sekelian, bole tolong terang kat teman tak jadah ape menatang tu.. idokle teman paham.. ihhh simpang~~

p/s~ weeehuuuu Malaysia menang lawan Taiwan 2-1 baiiiiiiiiii... gua bangga jadi anak Malaysia, sape kate Malaysia tak layak g masuk piala dunia? siapa kate? bodohla orang Malaysia tapi tak sokong Malaysia (wahhh sorry, teremosi pulak!)

Wednesday, June 29, 2011

WORDLESS WEDNESDAY

Hai hai hai you all... alrite hari ni da hari rabu kan.. pejam celik pejam celik da in da midle day kite kerja..lagi 2 hari, then cuti.. oh lupe.. arini hari Israk Mikraj pula.. semoga kite mendapat hidayah and pengajaran dari kisah sejarah ni...

oh yea.. sowi la.. aku bukan nak bercerita tentang Israk Mikraj, (uhu.. terasa berdosa pulak menceritakan kisah laen pada hari Israk Mikraj T_T)  tapi aku nak tanya kowang ape kebendenya 'WORDLESS WEDNESDAY' tu?? yelaaa aku kan baru jer dalam dunia blog ni.. follower pon tak ramai lagi.. orangnye pon tak femes amous lagi.. jadi ape jadahnye menatang 'WORDLESS WEDNESDAY' tu.. kenapa mesti RABU, kenapa tak ISNIN, SELASA, sini dan sana, aku tak ingin tak perlu..

Rata-rata bile aku blogwalking.. wahhh da pandai blogwalking skang.. hahaaha ehem! kebanyakan blog ade entry 'WORDLESS WEDNESDAY'.. siyes.. tak faham dohhh apsal lak ad wordless wednesday bagai.. ishhh macam2 lak dunia blog skang.. jaoh aku tertinggal nih.. tak faham.. tak faham...

Tadi aku google2 nak taw jawapannya aku terbukak blog dak ni.. tak kenal pon.. tapi best gak blog dye BLOG MUHAMAD SYAFIQ then aku jumpa jawapannya, aku men kopi tampal jer...

Wordless Wednesday @ WW : Pada setiap hari Rabu, semua blogger
akan buat suatu entri dan post gambar di blog mereka tanpa meletakkan
sebarang description untuk menjelaskan gambar tersebut.. biar gambar
sahaja yang akan menceritakan segala-galanya.. 

Fuh.. siap gak satu entry.. lalalalaa


p/s~ oooo macam tu rupenye WW nih... pasni nak letak gmbar ape ye.. gambar aku nga berak aci tak.. then korang describe aku ngah watper (hahaha soalan bodoh!)

Tuesday, June 28, 2011

CITE DAH LEKANG DEK HUJAN, DAH LAPOK DEK ZAMAN

Hai hai hai.. miss me??? ohhh thank God you all not miss me.. hahaaha, you all.. i baru jer balek bertapa, jaoh pulak tempat pertapaan tu.. ke atas buket namanya.. kononnya nak buat yoga.. tapi tersesat ke buket Broga.. wahhh pantun dua kerat gitewwwww...

Ehem, maafkan aku jika kalian ternanti-nanti untuk aku hapdet blog ini, seriusly.. i miss dis blog dem much.. dem! dem! DEM!! hahaha. (Uhuk, ok ok cukop meroyan)

Aritu aku ada janji dengan korang kan, nak cite pasal buket broga. Okla aku kotakan janji, sorry lambat tunaikan janji, bukan tak ingat, cume buat-buat tak ingat.. Actually, aku naek buket broga pada 28 Mei, ok laaa memang da betol-betol lapok hokey, tapi kepenatan aku menjajah buket tu masih terasa di celah-celah kangkang aku taw.. haaa pk ape??? pk ape?? sebot kangkang jer da pk laen, kuneng r korang! huh!

So korang layankan ajela gambar-gambar yang aku dah hamek sepanjang di atas buket tersebot hokey? (Ye! aku da pandai upload gambar hahahahaha)

 Pemandangan di puncak buket yang kedua









Antara yang menjayakan ekspedisi ni (aku tataw camne ley sesat ke sungai pulak kat belakang tu wahahaha)

Acu teka.. aku yang mane? ape? ape? baju pink? teheeeee... ai lykeeee hahaha

p/s~Dengar cite... 9hb Julai ni nak naek lagi.. hai... kepenatan di celah kangkang lagi la nampaknya... lalalaala~~~ (ehhh apsal cam suke?)

p/s2~ wooohoooo ngeri aku tengok entry ni... panjang benar... uihhh panjangnye kopek ;p

Friday, June 10, 2011

JODOH ^^

Adoyai.. sowila kowang.. buat kesekian kalinya, aku tak story mory pon pasal pendakian aku kan wahahahaha, tajok lain pulak yang keluar nih adoyai... so sowi my fren.. hohoho..jangan marah aku naaaa, tak baek... ari ni ari apa... pandai.. ari jumaat ^^... malam tadi malam ape?? pandai... malam jumaat... ehem! ;p

k.. bercerita sket pasal jodoh, ape ke bendenye jodoh ni?  Jodoh adalah bermaksud pertemuan yang telah ditetapkan dengan ketetapan yang berlandaskan dengan ketentuan dari Tuhan (hoho, jangan percaya bulat-bulat ea.. ni aku punya mufti sendiri nih) Serius, aku memang tataw macamane nak taw tentang kejodohan ni.

Aku pun tak sangka yang aku akan dijodohkan untuk bekerja dengan kerajaan, hohoo (syukor-syukor ada kerja) dan tak menyangka akan dijodohkan untuk menyambung pelajaran walaupon secara part time, serta tak menyangka akan dijodohkan dengan tempat kerja yang dekat dengan rumah (hari-hari makan masakan puan emak.. tapi stil badan gitu gak.. -_-" ) and lagi best.. dijodohkan dengan bos yang superb best!! wahahahaha, ehem, agak2 kalo diye bace bole tak aku nak mengepow lebey?

Cuma.. jodoh untuk menjadi teman dunia akhirat tu.. aku asyik pending jer.. wahahaha, hal-hal laen sumenye clean and clear jer.. bab yang satu ni payah bebeno.. hahaha, aku rasa Allah tu menguji aku dengan perasaan kot.. hehehehehe.. Orang kata, jodoh ni tak payah dicari, nanti akan datang sendiri, tapi orang kata lagi, kalo tak diusahakan macam mana dia nak datang.. jadi aku nak mengikut orang kata ke orang kata lagi? wahahaha..

Apa-apa pon, aku bahagia sekarang walaupun pasal jodoh dunia akhirat tu masih lagi samar-samar. (^^,) 

Korang lak??? 

"Sometimes I think a soulmate is someone who will make you be the most "you" that you can possibly be"

P/S : Aku tataw nape aku arini, tetibe nak bercerita pasal jodoh.

P/S2: Sebenarnya aku tengah sedih, tapi aku buat-buat happy wakakakakaka.

Tuesday, June 07, 2011

HYE ALLS!

Hoh sori der lame tak update, kowang tunggu aku update ker? sungguh terharu der.. aku sebenarnya nak cite pasal buket yang indah selepas aku berjaya meneroka, memanjat, merasa, menyentoh, meramas, eh? buket tersebut! ohhh sungguh indahhh! (heh, kowang pikir buket ape nih? jangan kotorkan lagi pemikiran aku! jahatla kowang, menci taw... ;p)

Tapi tu untuk entry yang seterusnya la, now aku takde mood, macam-macam nak pikir, mau pikir pasal family lagi, mau pikir pasal kawan lagi, mau pikir pasal 'dia' lagi, ehem!

Jadi tunggu jerla ea.. takkan lari buket dikejar... eh? apakah? ;p

P/S : kalo kowang perasan, aku tak penah upload gambar kan.. sebab... sebab... aku tataw nak upload wahahahahaha (ohhh gile inesen, uhhh biasalah.. aku kan naif heeee)

P/S2: awak... cepat sembuh taw... saya taknak awak sakit-sakit.. nak awak sehat jer, ada rezeki, kite jumpa ea :)

Tuesday, May 31, 2011

MY FIRST OF ALL ~DIA~

hahaha, kaw... kemain tajok ea... Ok, ok, straight to da point, entry ni aku tujukan khas untuk dia, ya! dia orang pertama yang aku kenal, orang pertama yang aku sayang, orang pertama yang menjadi chenta berok aku, orang pertama yang menjadi chenta pertama aku. Kuikuikui (izinkan aku berjiwang karat for dis entry)

Lately, aku selalu mimpi dia, tataw nape.. mimpi yang menceritakan kenangan aku dan dia, dan mimpi itu berturut-turut.. (apsalla dia????) dan aku sangat stress mengenangkan mimpi itu hahahah.  Mungkin sebab dia yang pertama dan dulu aku pernah mengharapkan dia menjadi yang terakhir juga.  Dan ya, aku masih sayang dia sampai hari ni. Ramai yang aku kenal, dan ramai gak yang aku kecewakan (wahahaha, selamba jer ko kan human, ade gak yang nak ko kuikuikui) dan apa yang aku taw, aku memang tak bagi pon sepenoh perasaan macam yang aku bagi pada dia.

Dan sekarang, dia da jumpa pengganti aku, dan aku masih tak boleh jumpa pengganti dia, Tuhan jer tau camne perasaan aku bile die kate yang dia already meet someone, aku rasa aku putus cinta wat kali kedua! dan aku telah buat kerja gila pada malam itu, aku gitau kat puan emak, aku nak keluar kejap, tapi aku drive pergi Shah Alam dari rumah aku then pergi tasik Shah Alam pada pukul 11 malam, duduk situ sampai pukul 12 then aku drive balek umah.. (perghhh sakit telinga kene marah ngan mak aku) whahaha

Apa-apa pun, sepanjang mengenali dia, adalah saat-saat yang paling manis, dia memang penyabar, sebab aku jenis panas baran, dia baik, banyak mengajar aku, dan selalu tolong aku bile aku ada assignment nak buat (hehehe). Jangan salahkan dia bile kami tak dapat bersama, dan jangan juga salahkan aku bile kami tak dapat bersama sebab bukan salah dia, dan bukan salah aku, mungkin keadaan yang salah hahaha.. ape pon Tuhan itu lebih mengetahui.

Pada bakal tunangan dia, awak sangat bertuah dapat dia, sebab dia akan sayangkan awak sepenoh hati dia, dan dia akan jaga awak sangat-sangat baik ^^ congratulations!

p/s : bile la aku nak jumpa dengan soulmate aku nih... sesat tak jumpa jalan datang umah aku lagi agaknya... wahahaha (tetibe terngiang-ngiang lagu Fauziah Latif tajuk Dia tu, warghhhhh tisu pehlishhhh!!)

Monday, May 30, 2011

LANUN YANG SYOKKKKKKKKKK!!!!

Ok, ni cite ari sabtu, lantak korangla nak kate aku da lambat sebab baru tengok cite Pirates of the Carribean tu.  Papehal pon, aku da tengok!! wahahaha, credit to Ms. Zana (bukan nama sebenar...ehem!) sebab melalui penceritaan beliau, aku dapat tahu yang cite tu superb best! best superb! soopa doopa best! wahahaha (ke korang rase tak best) ok hak korang.. kuikuikui

Selama aku bercuti (lepas abis exam study hari tu) aku tak pernah kuar meronggeng lagi, cuci mata, melihat keindahan ciptaan tuhan yang seksi ehemmm sempurna, jadi aku dan my girlfriend telah pon kuar menonton wayang, hehehe. And.. and.. and.. yang lagi best!! dia belanje lor.. wahahah (ehhhh jangan cakap aku tak macho, dia nak belanja hokey!) 

Ni cite dalam panggung lak, time tengah tunggu nak start de movie, ada dua orang lebai der siap pakai jubah, ketayap, berjanggut bagai tengok cite Pirates tuuuuuu ( fuhhh giler, tak pernah aku tengok orang yg alim masuk panggung tengok citer action2 cam gini, cite orang puteh lak tu) tapi aku bersangka baek, maybe diorang nak tengok citer NUR KASIH kot, tapi tiket sold out so beli la tiket Pirates, hehehe....

Overall cite ni memang best!! aku bagi 5 bintang! errrr cam banyak jer 5 bintang.. ermmm 4 setengah jerla, hehehe. Nape aku cakap best? sebab movie ni dapat membuatkan aku menahan kencing selama satu jam wahahaha! serius, aku takmo g toilet sebab taknak ketinggalan setiap inci sudut, lurah, eh? cerita ni.. hakhak

Jadi aku menyeru kepada rakan-rakan sekalian, pergilah menonton wayang ini, tak rugi beb, tapi kalo ko tengok cite KONGSI memang rugi, lu beli lu rugi derr.. sebab cite die... ermmmm g tengok sendiri jerla!

P/S : for my girlfriend, agak-agak bile kite nak ngedate lagi? but kali ni ai promise, ai belanje u pulak, bile da gaji ea.. ^^

Wednesday, May 25, 2011

DERMA DARAH ~NENO NENO NENO~

Semalam aku baik ati giler wa cakap lu, aku da pergi menderma darah pada seekor binatang, sebab diye lapo.. jadi aku bagi darah aku.. lagipon diye suka darah kotor jer.. darah suci murni diye takmo amek (dasar pengotor punye binatang). Kowang penah wat bekam lintah tak? lintah.. ala.. binatang panjang-panjang warna kelabu2 macam mambang kelabu gak la (susah explen kat dak2 skola rendah ni.. ahahahaa) ehhh bukan kowang, kowang blaja tinggi2, aku taw hehe.

So semalam dengan bangganya aku da try bekam lintah.. Hnnfff Hnnfff (-OO-) idong yg kembang cm baby hahaha.  Sebab utama aku wat bekam ni kerana Mr.J, Mrs. J, anak-anak Mr & Mr. J dah wat perkampungan di mukaku yang dulunya suci bersih. Sakit ati dengan tindakan beliau anak beranak kerana tak mau gak blah dari tanah jajahan beliau, maka aku dengan paksa rela terpaksa wat bekam lintah ni.

First masuk kat kedai tu aku ingat lintah diye kecik-kecik comey jer cam cucu-cucu lintah baru lahir. Sekali kawwww 'waterpark!!!' (carut ku dalam ati) terkuzut melihat saiz lintah yang cam dalam paya tu wahahaha.. aku da stat gigil2 ni tapi ku tahan jebat, mane ley gigil.. ilangla macho aku! seb bek yang tolong lekapkan lintah tu kat muke aku sowang yang bergetah, mude, solid, bergaya dan berketol2 wahahaha (oohhhh kene g slalu la gini)

Aku wat sampai tiga ekor, haaaa kalo tak baek gak, aku rebos lintah2 tu wat sop lintah bagi anjing makan (ko ingat aku nak makan? tengok pon tak lalu, da la hodoh! huh!) ehh human, tak baek la.. hodoh2 pon isap gak darah kotor kaw...

Ok ok.

So lintah tu isap punye isap punye isap sampaila kenyang (len macam lak isap2 tu wahaha).. dan tergolek dog la makhluk Allah tu kat baju aku.. aku da menggelupoq tahap gaban da ni tengok bende tu wat tarian berahi dengan lentok2nya, dan dengan selambanya 'dia' yang solid tadi amik menatang tu dari baju aku, ohhh aku terkedu.

Pastu ofkos la darah akan mengalir lepas lintah tu da isap, then 'dia' lagi tolong lapkan darah aku tu dengan penoh kelembutan dan kasih sayang, eh? hahaha.. punya la dekat ngan aku.. mata ke mata, ke hati, hati ke hati, hati-hati (ooohhh harus g lagi skali wahahaha)

Then 'dia' gitau aku bleeding tu akan berhenti lepas 6 or 8 jam.. tapi pukol 4pagi tadi bawu darah tu betol-betol berhenti. Aku da nekad da dalam ati takmo keje esok kalo darah tak benti, skali benti la plak, memang sengaja soh aku keje kan? huh!

So, kite tengok dan tunggu la perubahan diye sama ada makin berkurang ke tak jerawat aku ni.. ehhh tak ley sebot, pantanggg!!! tapi kalo elok pon, aku memang nak g lagi, nak jumpa 'dia' wahahahaha. (gataila ko ni human, memang da wajib da ni kuikuikui)

p/s : cari-cari kat uncle google, tak de lak imej lintah tu, takpe t aku da jumpa, aku tepek kat sini k? mmmuahhh!! (motif? aku memang gatai wahaha)

Tuesday, May 24, 2011

CAAAAAYANGGG DIYE!!!

Fuh kaw... arini gile awal aku sampai opis, wahahaa (insap da ape ke ko human). So pagi ni dengan cuaca yang tenang dan nyaman serta sejuk di dalam kete akibat membukak aircond level 1 (1 jer cukop, sejok kot.. aku dah la takde lemak) jadi aku pon mendengar radio Era. Pe'el kete aku lain sket.. kalo da bukak satu radio.. radio tu jerla.. diye tak ley tukar radio laen.. sensitip (biasala.. kete aku jiwa wanita...)

So segmen 'Caaayaang Diye' pon kedengaran.. antara perbualan Pak Nil and dak kecik nama 'Adam' (if aku tak silap la.. gegendang tinge kene jolok putek kapas semalam tak elok lagi)

Adam : Uncle, uncle, nanti besar adam nak main badminton macam Lin Dan n Chong Wei
P.Nil :  Adam nak jadi Lin Dan ke Chong Wei?
Adam : Adam nak jadi Lin Dan ngan Chong Wei.
P. Nil : Tapi kan Chong Wei no satu (yekeeeeeee<--- monolog dalaman aku)
Adam :  Lin Dan?
P. Nil : Lin Dan no 2
Adam : Abg Nil? (fuhhh teros abang kawwww)
P. Nil : Abg Nil no bape?
Adam : Abg Nil no 7
P. Nil : hehehhee yela, abg Nil no 7, Adam, Adam, kalau Adam jumpa cikgu Adam cakap ape?
Adam : Gud Mowning, Teacher
P. Nil : kalo jumpa ustazah lak Adam cakap ape?
Adam : Rabbishrohli wayassirli amri....

Hahahaha, aku da bantai ketawa da dalam kete, alahai dak adam, apsal la ko comel sangat, rasa nak penyek2 jer ko ni, pastu aku pijak2, eeeeeeeeeeeiii geram ngan ko la adam.

Monday, May 23, 2011

FUHHHH!!!!!

Well aku baru balik dari Terengganu, dan banyak berita mengejutkan nampaknya.  Aku memang baru dalam dunia penulisan blog ni, dan aku selalu gak tengok-tengok blog orang lain, siyesly banyak yang best.

Dalam banyak-banyak blog yang aku tengok dan lawati (ceh.. cam kunjungan bosar la pulak) ada satu blog yang aku amat-amat suke baca  TeLoR diBAsUh.  Bukan sebab blog tu banyak entry yang lucah (walaupun aku memang suke bab-bab tu wahahaha) erkk erkkk (tersedak pulak) tapi sebab blog tu bole membuatkan aku hilang kebosanan dan buat aku senyom sorang-sorang.

Aku baru jer berangan nak memfolow blog beliau bile dah ada blog sendiri nih tapi apakan daya suratan takdir telah menentukan... inilah.. ragam manusia.. (ehh kembali pada tajuk utama). Beliau telah pun kembali ke rahmatullah pada 19 Mei 2011. Moga rohnya sentiasa dalam keadaan yang tenang dan dicucuri rahmat.. Amin...

Ermmm... aku baru jer wat blog nak suruh arwah folow, tapi.. kite hanya merancang kan... camnela aku mati nanti.. (insap T_T)

Thursday, May 19, 2011

JOM GLOWING2 DGN AKU




aku seorang manusia yg bernama Human. punya sifat keHumanan. punya perangai macam Human. jadi tak reti-reti?. akulah HUMAN. dalam bahsa omputih nya kita panggil I'M HUMAN.

da lame aku ngidam nak buat blog. impian aku da tercapai. ohhh inilah impian ku... credit to Miss Ieyza sebab berjaya menghasut aku untuk membuat blog dan menghias belog aku sampai jadi cantik gini (cantik ke?) dan aku amat teruja, ko tau tak teruja? tau tak?

kalau korang rasa korang sama mereng dengan aku ape kate korang follow jer aku untuk mengetahui ape yang akan ku repekkan di masa-masa akan datang.
(owhh ayat aku sungguh skema -..-)

Semoga korang dapat 'Glow' bersama-sama aku.. "Glow In De Dark"

Trimas!!! (^^,) <--- (terpaksa wat icon comel untuk tarik perhatian peminat)









MySpace Layouts
MySpaceLayouts