Thursday, August 04, 2011

SIMBAH ASID LAGI


Salam to all. Amacam kowang, pose tak hari ni.. sekejap jer dah masuk 4 hari kan pose, sape yang da makin turun berat badan? ke maintain cam aku? miahaha. Selamat menunaikan ibadah pose la untuk korang, terawih jangan tinggal ea, mata kene jaga, mulot jangan nak mencarut jer kejenye cam aku ni, tangan pon kene pose gak.

Sudah-sudah, panjang pulak intronya.

Back to da topic! Taon ni aku rasa banyak benar cite simbah-simbah asid ni la.. asal tak puas ati jer simbah, yang menariknya, dorang men simbah secara rawak jer plak tu.. tawla asid tu murah, bape hinggit jer pon ko boleh dapat berbotol2 kan.. tapi hagak2la wey, memudaratkan orang yang ko simbah tu.. cacat kekal kot.. kesian.. Aku rasa memang mental la orang yang simbah-simbah asid ni, memang sawan gila babi aku rasa (oppsss puasa!).  Dah, takmo cakap banyak, kang makin tercelupar lak tangan-tangan aku ni menaip yang bukan-bukan.  Nak kongsi ngan korang satu cerita pasal simbah asid yang baru berlaku dekat Kota Bharu, Kelantan. Kesian... Sumber dari Metro.

‘Saya rasa terbakar’

Oleh Rosliza Mohamed
am@hmetro.com.my

CEDERA...keadaan tubuh Faizal akibat disimbah asid oleh individu tidak dikenali, kelmarin.
CEDERA...keadaan tubuh Faizal akibat disimbah asid oleh individu tidak dikenali, kelmarin. 
 
KOTA BHARU: Seorang jurujual nekad berlari sejauh kira-kira 30 meter dalam keadaan kepanasan untuk mendapatkan rawatan selepas disimbah cecair dipercayai asid dalam kejadian di Taman Uda Murni, dekat Pengkalan Chepa, malam kelmarin.

Mangsa, Faizal Halim Rustam, 37, berkata, sebelum kejadian dia berada di hadapan sebuah kedai sambil membaca akhbar selepas membeli minuman kira-kira jam 8.30 malam.

“Secara tiba-tiba saya berasa seperti belakang badan, kepala serta muka terbakar selepas disimbah sejenis cecair oleh individu yang tidak saya kenali.

“Saya berlari ke sebuah klinik komuniti berhampiran yang terletak kira-kira 30 meter dari tempat kejadian bagi mendapatkan rawatan awal. Sebaik tiba, kakitangan di klinik itu menyapukan krim ke seluruh anggota badan serta muka,” katanya.

Menurut Faizal, dia dihantar ke Kota Bharu Medical Centre (KBMC) untuk rawatan lanjut sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) kerana kecederaan serius di bahagian mata.

Ketika ditanya mengenai motif kejadian, Faizal berkata, kemungkinan ada individu dengki dengannya dan enggan mengulas lanjut serta menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan.

“Saya tidak bermusuh dengan sesiapa dan menyerahkan kepada polis menjalankan siasatan dan berharap suspek yang terbabit dengan kejadian ini dapat ditangkap segera,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu.

Dalam pada itu, Pegawai Perhubungan Awam HRPZ II, Zaid Ahmad berkata, Faizal masih menerima rawatan lanjut di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan dan mengalami kesan terbakar lebih 17 peratus.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.


p/s~ pasni kalo nak kuar umah kene pakai baju perisai sekali dengan helmet, kang tak memasal kite pulak yang kene, mintak simpanglaaaaa

2 comments:

  1. kesiannyer kat dier...tak bersalah kot. kuang hajo betul la manusia zaman sekarang. ugama dah larik lintang pukang ke dajal nk kuar dah? tak memasal aja... budus! hisshh geram lak rasa bila tengok.

    ReplyDelete
  2. @cik ieyza~ taw takpe, skang ni asal tak puas ati jer simbah asid, tak men da tetak2 gune parang... takpon hobi agaknye...

    ReplyDelete



MySpace Layouts
MySpaceLayouts