Friday, August 19, 2011

LET'S TALK ABOUT LOVE



Salam Ramadhan sahabat sekalian, sekejap jer kite da sampai ke hari-hari terakhir 10 Ramadhan.. masa tu pantas berlalu, moga ibadah kite pada bulan ini ditingkatkan dan mendapat ganjaran pahala daripada Allah S.W.T.

Hari ini, entah kenapa terlintas di hati ini untuk menulis tentang fitrah, fitrah kurniaan Allah untuk kita semua. Alhamdulillah, fitrah ini sahabat-sahabat mesti menghargainya. Jangan sesekali disiakan.

Tidak putus ada sahabat-sahabat yang bertanyakan tentang fitrah cinta ini.

Sesungguhnya, tidak ke mana pun kehidupan kita jika tidak berpaksikan wahyu. Diri tetap akan dibelenggu dengan pelbagai persoalan dan resah. Jadikanlah islam sebagai cara hidup dan jangan sesekali dipisahkan.

Aku juga masih belajar dan aku sedang memahami cinta berpaksikan wahyu.

Couple dan cinta merupakan sesuatu yang amat berbeza di mana cinta boleh sahaja dirasai tanpa couple. Tetapi adakah couple itu cinta? Atau boleh sahaja bercouple tanpa cinta? Kalau ada yang mengatakan bahawa mereka yang di luar sana bercouple kerana cinta, aku tetap mengatakan ianya sesuatu yang amat sia-sia.

Berpaksikan wahyu teras utama, tetapi couple adakah ianya berteraskan wahyu?

"Tidak payah bersentuhan tangan kerana mereka sudah bersentuhan hati, dan tidak payah berbalas-balas kerlingan mata kerana mereka sudah pun berbalas-balas doa."

Kata-kata di atas yang aku ingat semula di mana aku pernah terbaca, ianya memberi maksud yang mendalam. Orang yang betul-betul sayangkan seseorang tidak akan membawa orang yang dia sayang ke jalan yang dimurkai Allah.

Apabila sudah berpegangan tangan, apabila pandangan mereka tidak sekali dijaga dan hati tidak tenang sama sekali, itulah tandanya sudah hilang cinta dan rasa kasih sayang.

Sampaikan satu masa aku menitis air mata kerana hati ini terlalu banyak maksiatnya, terlalu banyak dosanya.. dan aku akui.. hati aku sekarang tidak baik.. menanti sesuatu yang tidak pasti.. Terasa begitu jauh dengan Tuhan.. mungkin Ramadhan ini ada hikmahnya.. mengajar aku untuk lebih bertenang... Moga berterusan..

Moga Allah pelihara hatiku untuk terus tunduk dan malu kepada-MU Tuhan...

No comments:

Post a Comment



MySpace Layouts
MySpaceLayouts