Thursday, August 04, 2011

BATAL KE PUASA KALAU KOREK HIDONG DAN TELINGA?


Salam to all, pergh.. arini memang aku mood rajen terlebey, hahaha, korang pernah tak tyme pose korek hidong, takpon korek telinga, pastu ada orang nampak dan kate ko da terbatal pose sebab masukkan sesuatu ke dalam rongga? Aku pernah, dan aku cam pehal lak nak batal pose, aku korek idong jer pon, bukannye aku makan dan buat aku kenyang. Dan ramai yang persoalkan balek bile aku jawab tak batal pose kalo korek idong. huahuahua. Pada semua, KETAHUILAH KOREK IDONG DAN TELINGA ITU TIDAK MEMBATALKAN PUASA. Sebab? nah aku kopi paste jer dari tenet, kang aku bagi hujah aku sediri takot lak korang tak fahamkan?

Soalan:

Batal kah puasa kalau kita korek hidung atau buang tahi telinga. Kalau masukkan air dlm hidung adalah sunat semasa mengambil wuduk, membuang najis dalam rongga pun dikira batal ke tidak? Ada tak dalilnya?

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Mengeluarkan kotoran daripada hidung dan telinga tidak membatalkan puasa. Kerana ia bukan dikira makan dan minum, dan tidak boleh disamakan makna dengan makan dan minum.

Memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudhu’ juga tidak membatalkan puasa, tetapi janganlah berlebihan. Dalam hadis Laqit bin Shabirah:

Maksudnya: Berlebih-lebihlah dalam istinsyaq kecuali jika kamu berpuasa.
Direkod oleh Abu Daud (no: 142), Tirmizi (no: 788), Nasaie (no: 87) dan Ibn Majah (no: 407).

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net


p/s~ Kalo da tatau tu.. kenela rajin-rajinkan diri mencari jawapan, mane nak dapat ilmu kalo malas nak mencari ye tak?  Tapi kalo korang korek idong or tinga, and then tetibe rase stim semacam, haaa yang tu memang kene cepat kawen la tu, carikla pulak dalilnya wakakakaka ;p



No comments:

Post a Comment



MySpace Layouts
MySpaceLayouts