Friday, July 01, 2011

TUNANGKU PEMBELOT!


Salam to all... Alhamdulillah.. aku masih bernafas lagi pagi ni bagi meneruskan hidup untuk hari ni.. and the day after today, means tomorrow, aku akan jejak lagi satu angka.. wahhh da besar, yeay! kite da besar.. tp perangai stil sama... bile nak berubah ntah.. -_-"

Tu tajok kat atas tu takde kene mengena ngan aku ye.. jaz nak share ngan korang berita yang aku baca dekat Metro pagi ni, hehhe.. aku jangan kan tunang, pencarian soulmate pon belom berakhir, skandal pon makin berkurang.. hishh nampak sangat makin ari makin tak laku nih.. ayark! (sambil masukkan botox dekat pipi)


KUALA LUMPUR: Barang hantaran dan kad undangan sudah disiapkan, namun remuk hati seorang wanita apabila tunang kesayangannya tanpa diduga berkahwin dengan orang lain pada tarikh yang ditetapkan untuk majlis perkahwinan mereka.

“Tarikh 4 Jun 2011 sepatutnya dia bersanding dengan saya tetapi luluh hati saya apabila pada hari itu bekas tunang saya diijab kabul dengan wanita lain,” kata wanita itu yang mahu dikenali sebagai Mimi, 25.

Mimi berkata, dia tidak menyangka pengorbanan selama enam tahun berkenalan dengan lelaki itu yang dinamakannya, Z sebelum mengikat tali pertunangan pada 6 April 2007 berakhir dengan titik hitam dalam hidupnya.

“Hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaan saya kerana segala persiapan untuk perkahwinan disiapkan keluarga saya dan hanya menunggu tarikh majlis kenduri diadakan.

“Tergamak dia menconteng arang di muka saya dan keluarga, sedangkan saya dan keluarga melayan dia dengan baik sepanjang perhubungan kami,” kata anak ketujuh daripada lapan beradik yang bekerja sebagai jurujual itu.


Ihhh ihhh ihhh.. kesian seyh.. nampak no laki tu tak setia, meh kapel ngan aku, gerenti ko tak nyesal hehe...

p/s~ aku berdoa, perkara-perkara yang menyedihkan seperti ni, takkan terjadi dekat aku, adik-adik aku, sanak saudara aku, dan kawan-kawan aku.. amin...


2 comments:

  1. alaaa dah nama pon lelaki! seme samer jerk lelaki sekarang ni, kat mulut kata chenta nak mampus tapi esok2 lusa dengan orang lain pulak...mudah kan? lelaki zaman sekarang kan...susah nak cari yg baik. huh~~ (pehal yea2 aku marah ni? hak3)

    ReplyDelete



MySpace Layouts
MySpaceLayouts