Wednesday, August 10, 2011
WORDLESS WEDNESDAY #4
Andai aku punya iman sebegini... pasti akan kuat semangatku untuk menempuh hari-hari kemudian...
p/s~ Jodoh itu rahsia Allah.. siapa kita untuk menidakkannya.. (^_^)
KISAH SEMALAM
Salam to all... oooo baru aku ingat, hari ni rabu yer tak.. haaa jap kang aku wat WORDLESS WEDNESDAY ea... kali ni nak citer pasal kisah semalam, kisah semalam yang membuatkan aku teringat kisah lampau, kisah semalam yang membuatkan aku mengimbas 1001 satu kenangan, (maaf entry ni akan membuatkan kowang batal pose sebab akan muntah melebihi dos hahaha, aku tataw nak luah ke mane, so aku decide untuk luahkan ke blog, sorry again!)
Semalam... adik aku bawak bakal jodoh beliau datang berbuka puasa kat rumah, honestly, i like that boy, dia boleh buat adik aku happy, dia boleh bergurau senda dengan mak aku, dia boleh melayan adik laki aku yang tingtong tu dan aku pasti dia boleh bahagiakan adik aku jika jodoh diorang ada. Dan aku tak kisah andai kata, satu hari nanti adik aku kahwin dulu daripada aku, jodohnya dah sampai. Aku tumpang gembira.
Cuma semalam aku sebak, aku sebak terkenangkan yang lalu hahahaha (it's so stupid of me i think) yeahhh.. aku teringat pada my first, dulu.. dia pon selalu datang berbuka dekat rumah, bergurau ngan mak aku, melayan adik-adik aku.. 4 tahun.. banyak benda yang jadi, banyak kenangan yang terjalin, banyak kisah yang tercatit... tapi tu semua da tinggal kenangan, tapi aku still simpan mesej-mesej dia, nombor dia.. hahahaha aku rasa aku da gila nih.
And now.. aku ada someone... tapi aku tataw sama ada dia yang tak layak untuk aku, atau aku yang tak layak untuk dia. Sedaya upaya aku try untuk buat dia happy, walaupun kami jauh.. Sedaya upaya jugak aku try membuatkan kami dekat walaupun hakikatnya kami tetap jauh.. Dia sangat berbeza dengan yang pertama, macam langit dengan bumi! Honestly, aku tak happy, aku cuba happykan diri aku, tapi sebenarnya aku langsung tak happy. Selalu aku cuba untuk padamkan status dekat facebook aku, tapi selalu jugak tangan aku susah untuk klik butang pangkah tu. Sebab aku pikir, apa yang akan jadi pada dia, boleh ke dia terima, macam-macam aku pikir, rasa bodoh pikirkan orang yang tak pikirkan kita. Sangat bodoh! Tapi aku still tak buat pon.. hahahaha, aku ni ke yang terlalu baik, ataupun terlalu bodoh aku pon tataw.
p/s~ Cemburu melihat orang sekeliling aku bahagia.
Thursday, August 04, 2011
BATAL KE PUASA KALAU KOREK HIDONG DAN TELINGA?
Salam to all, pergh.. arini memang aku mood rajen terlebey, hahaha, korang pernah tak tyme pose korek hidong, takpon korek telinga, pastu ada orang nampak dan kate ko da terbatal pose sebab masukkan sesuatu ke dalam rongga? Aku pernah, dan aku cam pehal lak nak batal pose, aku korek idong jer pon, bukannye aku makan dan buat aku kenyang. Dan ramai yang persoalkan balek bile aku jawab tak batal pose kalo korek idong. huahuahua. Pada semua, KETAHUILAH KOREK IDONG DAN TELINGA ITU TIDAK MEMBATALKAN PUASA. Sebab? nah aku kopi paste jer dari tenet, kang aku bagi hujah aku sediri takot lak korang tak fahamkan?
Soalan:
Batal kah puasa kalau kita korek hidung atau buang tahi telinga. Kalau masukkan air dlm hidung adalah sunat semasa mengambil wuduk, membuang najis dalam rongga pun dikira batal ke tidak? Ada tak dalilnya?
Jawapan:
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
Mengeluarkan kotoran daripada hidung dan telinga tidak membatalkan puasa. Kerana ia bukan dikira makan dan minum, dan tidak boleh disamakan makna dengan makan dan minum.
Memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudhu’ juga tidak membatalkan puasa, tetapi janganlah berlebihan. Dalam hadis Laqit bin Shabirah:
Maksudnya: Berlebih-lebihlah dalam istinsyaq kecuali jika kamu berpuasa.
Direkod oleh Abu Daud (no: 142), Tirmizi (no: 788), Nasaie (no: 87) dan Ibn Majah (no: 407).
Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net
Batal kah puasa kalau kita korek hidung atau buang tahi telinga. Kalau masukkan air dlm hidung adalah sunat semasa mengambil wuduk, membuang najis dalam rongga pun dikira batal ke tidak? Ada tak dalilnya?
Jawapan:
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
Mengeluarkan kotoran daripada hidung dan telinga tidak membatalkan puasa. Kerana ia bukan dikira makan dan minum, dan tidak boleh disamakan makna dengan makan dan minum.
Memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudhu’ juga tidak membatalkan puasa, tetapi janganlah berlebihan. Dalam hadis Laqit bin Shabirah:
Maksudnya: Berlebih-lebihlah dalam istinsyaq kecuali jika kamu berpuasa.
Direkod oleh Abu Daud (no: 142), Tirmizi (no: 788), Nasaie (no: 87) dan Ibn Majah (no: 407).
Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net
p/s~ Kalo da tatau tu.. kenela rajin-rajinkan diri mencari jawapan, mane nak dapat ilmu kalo malas nak mencari ye tak? Tapi kalo korang korek idong or tinga, and then tetibe rase stim semacam, haaa yang tu memang kene cepat kawen la tu, carikla pulak dalilnya wakakakaka ;p
SIMBAH ASID LAGI
Salam to all. Amacam kowang, pose tak hari ni.. sekejap jer dah masuk 4 hari kan pose, sape yang da makin turun berat badan? ke maintain cam aku? miahaha. Selamat menunaikan ibadah pose la untuk korang, terawih jangan tinggal ea, mata kene jaga, mulot jangan nak mencarut jer kejenye cam aku ni, tangan pon kene pose gak.
Sudah-sudah, panjang pulak intronya.
Back to da topic! Taon ni aku rasa banyak benar cite simbah-simbah asid ni la.. asal tak puas ati jer simbah, yang menariknya, dorang men simbah secara rawak jer plak tu.. tawla asid tu murah, bape hinggit jer pon ko boleh dapat berbotol2 kan.. tapi hagak2la wey, memudaratkan orang yang ko simbah tu.. cacat kekal kot.. kesian.. Aku rasa memang mental la orang yang simbah-simbah asid ni, memang sawan gila babi aku rasa (oppsss puasa!). Dah, takmo cakap banyak, kang makin tercelupar lak tangan-tangan aku ni menaip yang bukan-bukan. Nak kongsi ngan korang satu cerita pasal simbah asid yang baru berlaku dekat Kota Bharu, Kelantan. Kesian... Sumber dari Metro.
‘Saya rasa terbakar’
Oleh Rosliza Mohamed
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
CEDERA...keadaan tubuh Faizal akibat disimbah asid oleh individu tidak dikenali, kelmarin.
KOTA BHARU: Seorang jurujual nekad berlari sejauh kira-kira 30 meter dalam keadaan kepanasan untuk mendapatkan rawatan selepas disimbah cecair dipercayai asid dalam kejadian di Taman Uda Murni, dekat Pengkalan Chepa, malam kelmarin.
Mangsa, Faizal Halim Rustam, 37, berkata, sebelum kejadian dia berada di hadapan sebuah kedai sambil membaca akhbar selepas membeli minuman kira-kira jam 8.30 malam.
“Secara tiba-tiba saya berasa seperti belakang badan, kepala serta muka terbakar selepas disimbah sejenis cecair oleh individu yang tidak saya kenali.
“Saya berlari ke sebuah klinik komuniti berhampiran yang terletak kira-kira 30 meter dari tempat kejadian bagi mendapatkan rawatan awal. Sebaik tiba, kakitangan di klinik itu menyapukan krim ke seluruh anggota badan serta muka,” katanya.
Menurut Faizal, dia dihantar ke Kota Bharu Medical Centre (KBMC) untuk rawatan lanjut sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) kerana kecederaan serius di bahagian mata.
Ketika ditanya mengenai motif kejadian, Faizal berkata, kemungkinan ada individu dengki dengannya dan enggan mengulas lanjut serta menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan.
“Saya tidak bermusuh dengan sesiapa dan menyerahkan kepada polis menjalankan siasatan dan berharap suspek yang terbabit dengan kejadian ini dapat ditangkap segera,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu.
Dalam pada itu, Pegawai Perhubungan Awam HRPZ II, Zaid Ahmad berkata, Faizal masih menerima rawatan lanjut di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan dan mengalami kesan terbakar lebih 17 peratus.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.
p/s~ pasni kalo nak kuar umah kene pakai baju perisai sekali dengan helmet, kang tak memasal kite pulak yang kene, mintak simpanglaaaaa
Monday, August 01, 2011
RAMADHAN DATANG LAGI
Dikesempatan ini, aku nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa bagi bulan Ramadhan 1432H (wahhh terasa cam atok yang beritau mohor-mohor besar plak) tapi atok yang selalu tu da takde kan, semalam atok laen.. cam tak syok pulak.
Aku nak mintak maaf kat kowang yang ada kenal aku, terbaca blog aku, terskodeng2 ke sini ke... kot-kotla aku ada wat salah.. Well aku taw.. setiap tingkah laku aku, ada gak yang guris ati perasaan kowang2 kan, tak kisahla dari segi percakapan ke.. lenggok tubuh yang menggoda ker.. hehe.. sowi guys! Kadang-kadang aku tak pasan aku wat sume tu.. sebab aku memang jenis yang takde sense of humor yang tinggi agaknye.. hahaha, maafkan aku k?
Entah nape... hari ni aku rasa hati aku piluuuuu sangat.. hahahaha, umor da makin pendek agaknya kan.. Moga jumpa ubatnya nanti. :)
p/s~ rindu kat kampong.. rindu kat arwah wan... rindu curi2 minom air dalam peti sejok tyme pose, aku rindu zaman nakal aku dulu... :')
Subscribe to:
Posts (Atom)

