Friday, July 29, 2011

JANGAN BERSEDIH!


Malam tadi merupakan detik bersejarah bagi skuad Harimau Malaya, namun kecundang dan terpaksa tunduk dengan kemegahan sang Singa.  Mungkin bukan rezeki kita, tapi aku amat berpuas hati dengan corak permainan yang ditunjukkan oleh sang Harimau sebab bermati-matian berusaha hingga ke akhir untuk terus bangkit bagi mendapatkan mata untuk layak ke peringkat seterusnya.

Jangan sedih... ini baru permulaan, bukan sebuah pengakhiran (huhu.. pujuk diri sendiri macamkan aku yang main hahaha).  Yang aku nampak, banyak gler drama dan kecederaan dari skuad sang Singa yang sengaja melengah-lengahkan masa, asal jatuh sikit jer kemain tergolek2 berguling2, Malaysia jatuh terus bangun kot, mengada-ngada lah ko Singa! dasar Singa betina betol, lembik, manjang jatohnye.. (opsss.. sori saya terkasar, haha)

Khairul Fahmi Che Mat memang penyelamat... kalaulah dia yang menjaga gawang Malaysia time lawan kat Singapore... mesti tak bolos sampai 5 kat sana.. (huhu.. sob! sob!).  Ni petikan dari surat khabar Metro hari ni, saja nak kongsi ngan kowang, jangan patah semangat Harimau! Esok masih ada... chill... kami bangga dengan kamu semua!

‘Bukan salah kami’

Oleh Aziman Rosdi dan Azlan Muhammad Zain
sukan@hmetro.com.my

TANGKAS...penjaga gol  Malaysia, Khairul Fahmi  tangkas menyelamatkan gawangnya daripada ditembusi dua penyerang Singapura, semalam.
TANGKAS...penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi tangkas menyelamatkan gawangnya daripada ditembusi dua penyerang Singapura, semalam.

TERSINGKIR di pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 dengan agregat 6-4 selepas seri 1-1 dalam aksi timbal balik menentang Singapura, malam tadi adalah keputusan yang tidak adil buat ketua jurulatih negara, Datuk K Rajagobal.

Bagi pengendali negara berusia 55 tahun itu, barisan Harimau Malaya sebenarnya mampu memenangi perlawanan itu jika tidak kerana taktik pemain lawan yang gemar melengah-lengahkan permainan.

“Saya tidak fikir keputusan ini adil buat kami, secara jujurnya kami boleh memenangi perlawanan ini. Walaupun secara keseluruhan kami tidak tewas malam ini (semalam), saya gembira dengan permainan pemain-pemain khususnya pada babak kedua,” katanya pada sidang media selepas tamat perlawanan.

Semuanya tidak menjadi buat Malaysia pada babak pertama apabila bahagian serangan yang diketuai, Mohd Safee Sali gagal memecah benteng pasukan pelawat meskipun mendapat sorakan padu 90,000 penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ketiadaan kapten, Mohd Safiq Rahim yang digantung perlawanan nyata memberi kesan apabila pengganti Ismail Faruqi Ashari tenggelam di bahagian tengah.

Sebaliknya skuad singa memperoleh sekurang-kurangnya tiga percubaan terbaik termasuk sepakan jarak dekat pemain ‘import’ Qiu Li dan Aleksandar Duric namun berjaya dihalang dengan ketangkasan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Dengan pemain Singapura kendalian Radojko Avramovich lebih gemar ‘berlakon’ seperti kecederaan untuk melengah-lengahkan permainan, babak pertama berakhir 0-0.

Namun kedudukan berubah pada separuh masa kedua. Bermula dengan gerakan pemain sayap lincah, S Kunanlan bijak memperdayakan dua pemain Singapura melorongkan bola kepada Safee yang merembat deras menewaskan penjaga gol Mohamad Izwan Mahbud di minit ke-57.

Namun ketika Harimau Malaya hanya memerlukan satu gol lagi untuk mengikat agregat 5-5, pintu gol dibocori di minit ke-72 hasil percubaan pemain natrulisasi dari China, Shi Jiayi sekali gus menyentap semangat juang anak buah Rajagobal.

Tambah perit pemain gantian Ahmad Fakri Saarani dilayangkan kad merah pengadil Jepun, Takayama Hiroyoshi pada masa tambahan dengan Singapura pula meneruskan taktik melengahkan permainan sehingga wisel penamat dibunyikan.

“Kami mendapat satu gol dan kami sepatutnya boleh menambah jaringan kedua tapi permainan kami sering diganggu dengan tindakan pemain Singapura yang kerap cedera.

“Saya tidak fikir pemain-pemain mengecewakan peminat yang datang memberi sokongan kerana mereka sudah berusaha bersungguh-sungguh,” katanya.

Dengan agregat 6-4 Singapura mara ke pusingan ketiga peringkat kumpulan manakala Malaysia juara Piala Suzuki AFF dan Sukan Sea Laos 2009 pula terus kempunan sejak bersaing di peringkat kelayakan Piala Dunia pada 1974.


p/s~ it's ok.... Malaysia dah berusaha! semangat juang yang tinggi! syabas untuk Malaysia! Walaupun kita kalah, tapi kita kalah bermaruah! :)



Thursday, July 28, 2011

ANTARA HIDUP DAN MATI


Salam to all... wahhhh.. sume pakat pakai baju hitam kuning hitam kuning hitam kuning.. auwwww!! berpinar mate makk! semangat doh! baguih baguih. :)


Pagi-pagi lagi sebelom g kerja da bercerita pasal bola.. yang tak boleh blah penceritanya adalah daripada My Sweety Hunny Mother, dan pendengarnya adalah dari anaknya sendiri huahuahua.

MSHM       : oooo malam ni bola yer Yong! (panggilan aku kat rumah)

Aku          : A'ah nape?

MSHM      : Main kat buket Jalil kan? Jomla kite g tengok, seronok pulak tengok orang bersesak-sesak kat tv tu

Aku         : dalam ati (jadah ape pulak mak aku nak tgk bola kt stadium nih) Mak bia betol! mamai ape.. haha

MSHM      :  Mak teringin nak tengok si Aidil tuuu... elok pulak dah dia dengan Rita agaknya yer

Aku        : (tyme ni memang aku da gelak tak hengat!) Mak minat gak kat si Aidil ape ke? ape masuk bab Rita pulak ni.

MSHM     : Ape, ingat mak tak reti ke tengok bola (alala.. da sentap da mak aku hahahaha)

Aku      : Hahaha, yela yela. :)
 


Moral of da story ~ mak gua pon layan bola derrrrr!! tapi separuh jalan jerla selalu, pastu dengkur, esok pagi tanya sape menang.. hampeh =_="

p/s ~ for Harimau Malaya! go go tigers! we Malaysian always support u from behind! jangan takut dengan si Singa yang gah dengan 5 ekor berok2nya, sebab kite ada 11 Harimau Malaya Tempatan yang tak takot gentar! to Singa, selamat datang ke kandang Harimau!! AUMMMMMMM!!!

Wednesday, July 20, 2011

WORDLESS WEDNESDAY #3


Tamau cakap banyak, tengok jerla pic kat bawah ni. Agak-agak ape kowang pk?


p/s~ aku rasa kan... aku rasa... aku ada secret admirer la.. macam ade orang stalker aku dari jaoh nih! seram dohhhh!




Tuesday, July 19, 2011

TERBAEKKKK!! :)

Salam to all.. da hari Selasa da beb.. kejap jer kan.. konon nak g men futsal arini, tapi sebab tahap kemalasan yang melampau, jadi aku malas nak bersukan..:)

Korang-korang, meh meh aku nak bercerita sikit.. hehehe, korang ingat tak entry yang NI pasal aku derma darah kat lintah tu... haaaa jerawat aku oppsssss tak bole cakap kekuat, simpang.. Mr. J aku da takde.. dye da pindah ke bontot tempat laen, hahahaha.  Aku happy bile ramai yang tegor aku pakai produk ape nak hilangkan jerawat tu.  Sebab sebelom aku gune bekam lintah tu, memangla banyak, tak terkire, kat dahi, kat pipi, kat dagu, even kat leher yang tak pernah2 Mr. J nak jejak pon tumbuh gak.. memang stress gler aku tyme tu, sume cakap aku salah makan la, salah gune produk la, cakap muke aku terok la.. huaaaaa mak stresss nokkkk!!!

Dan tyme tu, memang aku tak jangka yang Mr. J nak beranak pinak banyak sangat kat muke aku, sebab selalu kalo beliau nak membuat onar pon hanyalah seketol dua bini-bini beliau yang besar-besar tu menepek, pastu hilang macam tu jer, tapi kali ni, perkampungan dan wilayahnya begitula besar, beliau semakin menjadi-jadi berkuasanya! huh! Jahatnya kamu! Tyme ni aku minom banyak giler air kosong, asal aku da terkencing jer, mesti aku refill balek air yang da terbuang tu, sebab aku rasa darah dalam badan aku ni sangat kotor, jadi harus dibersihkan hahahaha (ni teori aku jer, biasala tengah tension, segala-galanya nak dicuba)

Then after aku da wat bekam lintah yang aku cite tu.. perubahannya begitula ketara, sekarang tinggal parut-parut jerla nak hilang, nak hilangkan parut tu aku gune jer bedak sejok, ntah. maen tepek jer, tapi aku da beli la fair n luvly yang anti-marks tu, so far, ok kot ngan muke aku. Sekarang ni kalo orang tanye aku gune produk ape untuk hilangkan jerawat, aku akan jawab gunalah lintah, hahahaha, berkesan kot! harus try, tak cube mane nak taw kan. Ko ingat aku tak geli ke lintah tu menyedot darah kotor aku? Tapi sebab aku pikir nak baik, ku gagahi jua. hahaha. Hidoplah lintah, matilah Mr. J! Hungga Hungga!

 Lebih kurang ginila rawatan bekam lintah yang aku buat


p/s~ sorry tak letak perbezaan wajah aku, sebab kadang-kadang, hidup ni kenalah misteri sekali sekala ;p


Wednesday, July 13, 2011

KOMIK!


Hey guys! aku rajen sangat hari ni sampai buat dua entry dalam satu hari hahahahaha. So this tyme, nak share komik-komik yang ada dalam simpanan aku, and aku tau.. some of it korang da pernah baca kot, sebab ianya selalu keluar dalam suratkhabar Berita Harian, if aku tak silap :)

Enjoyssssss!!!!! :D

 Bahasa rojak

 Bahasa

 Bahasa Inggeris

 English for science

 English for science 2

 Etika Makan

 Guru sukan

Relevenkah henset di sekolah?
 Hantaran

 Makanan merbahaya

 Handset di sekolah 2

 Rukunegara

 Sains

Taman

p/s~ Banyak jugak yang aku simpan ea.. hahahaha :D

WORDLESS WEDNESDAY #2


Salam to all.. i have something dat i wanna to share wif u guys! check it out!! :)

 Biasa bagi kita tapi pelik bagi mereka (ihsan dari makcik google)

p/s~ Allah itu sentiasa ada dimana-mana :)


Friday, July 08, 2011

BERSIH KE KOTOR?


Salam to all... how's your day for today, it's a wonderful day right? however, tomorrow maybe is the worth day ever, well u guys noe kan about da perhimpunan BERSIH? yeahhh dat is HARAM ok haha.

Testing my english language.. i noe it's broken, jaz don laugh at me.. da lame kot tak speakang bagai, yerla menjawat jawatan sebagai pekerja untuk kerajaan, Bahasa Melayu menjadi keutamaan, membuatkan english aku terjerumus ke jurang Mariana hahahaa.

Esok (9/7/11) maybe akan menjadi detik bersejarah untuk Malaysia, sebab ape? sebab ada demonstrasi jalanan (sekarang da naek taraf wat kat stadium pulak) kt key hell (KL) tu.. aku rasa satu Malaysia da taw mende ni, even satu dunia pon da taw pasal ni, korang agak-agak camne la tanggapan negara luar kat Malaysia sekarang? Malaysia pengganas? Malaysia aman? kucar kacir? porak peranda? well.. of course yang negatif maaaaa.... dan aku rasa kuasa-kuasa besar kat luar sane mesti tengah bertepok tangan dan tengah merancang sesuatu (jeng jeng jeng.. six sense aku begitu tinggi kebelakangan nih hahaha)

Motif nak merebut kuasa tu kemain lagi kuatnya.. haish.. bak kata PM kite, bertandingla secara adil, pilihanraya kan ada, kuasa di tangan rakyat, buat ape nak buat perhimpunan bagai kalo setakat nak memalukan negara di mata dunia?

Patutnya tangkap jer si Ambiga tu, dok membebel2 nak buat jugak, motif? konon nak membersihkan pilihanraya, ape murni sangat ke niat ko tu?

Semoga esok takde pertumpahan darah yang berlaku, dan moga Malaysia ni tetap aman.. jangan diulang peristiwa 13 Mei, jangan digugat kemerdekaan negara, datok nenek kite bertumpah darah mempertahankannya. Kenapa perlu permusuhan, andai kita boleh capai perdamaian... Sedih, sedih dengan keadaan sekarang, sangat sedih!


p/s~ errrrr.. nak join la esok! wahahahaha
p/s2~ jiwa patriotik aku begitu membara sekarang! Moga Malaysia kekal aman.. Peace No War!

Wednesday, July 06, 2011

Friday, July 01, 2011

TUNANGKU PEMBELOT!


Salam to all... Alhamdulillah.. aku masih bernafas lagi pagi ni bagi meneruskan hidup untuk hari ni.. and the day after today, means tomorrow, aku akan jejak lagi satu angka.. wahhh da besar, yeay! kite da besar.. tp perangai stil sama... bile nak berubah ntah.. -_-"

Tu tajok kat atas tu takde kene mengena ngan aku ye.. jaz nak share ngan korang berita yang aku baca dekat Metro pagi ni, hehhe.. aku jangan kan tunang, pencarian soulmate pon belom berakhir, skandal pon makin berkurang.. hishh nampak sangat makin ari makin tak laku nih.. ayark! (sambil masukkan botox dekat pipi)


KUALA LUMPUR: Barang hantaran dan kad undangan sudah disiapkan, namun remuk hati seorang wanita apabila tunang kesayangannya tanpa diduga berkahwin dengan orang lain pada tarikh yang ditetapkan untuk majlis perkahwinan mereka.

“Tarikh 4 Jun 2011 sepatutnya dia bersanding dengan saya tetapi luluh hati saya apabila pada hari itu bekas tunang saya diijab kabul dengan wanita lain,” kata wanita itu yang mahu dikenali sebagai Mimi, 25.

Mimi berkata, dia tidak menyangka pengorbanan selama enam tahun berkenalan dengan lelaki itu yang dinamakannya, Z sebelum mengikat tali pertunangan pada 6 April 2007 berakhir dengan titik hitam dalam hidupnya.

“Hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaan saya kerana segala persiapan untuk perkahwinan disiapkan keluarga saya dan hanya menunggu tarikh majlis kenduri diadakan.

“Tergamak dia menconteng arang di muka saya dan keluarga, sedangkan saya dan keluarga melayan dia dengan baik sepanjang perhubungan kami,” kata anak ketujuh daripada lapan beradik yang bekerja sebagai jurujual itu.


Ihhh ihhh ihhh.. kesian seyh.. nampak no laki tu tak setia, meh kapel ngan aku, gerenti ko tak nyesal hehe...

p/s~ aku berdoa, perkara-perkara yang menyedihkan seperti ni, takkan terjadi dekat aku, adik-adik aku, sanak saudara aku, dan kawan-kawan aku.. amin...




MySpace Layouts
MySpaceLayouts