Wednesday, January 18, 2012

I'M BACKKKKKKKKKK!!!!

ehhh.... da 2012????? lame giler aku tido, asal takde sape kejotkan aku nih hahahaha.

Aku sangat malas sekarang, dok usha blog orang, blog sendiri tak berjalan langsung kehkehkeh, ada yang rindu aku, (smbil pandang keliling) ok takde. aku chow hahahaha.

p/s : alahai sorilah sape2 yg pernah singgah sini, aku jadi malas la sekarang nih.. setan aku lagi banyak menghasut dari merajinkan diri aku. kihkihkih, insyaAllah aku hapdet lagi blog ni k. sayanggggg korang!!! mmmuahhh!!!

Friday, August 19, 2011

LET'S TALK ABOUT LOVE



Salam Ramadhan sahabat sekalian, sekejap jer kite da sampai ke hari-hari terakhir 10 Ramadhan.. masa tu pantas berlalu, moga ibadah kite pada bulan ini ditingkatkan dan mendapat ganjaran pahala daripada Allah S.W.T.

Hari ini, entah kenapa terlintas di hati ini untuk menulis tentang fitrah, fitrah kurniaan Allah untuk kita semua. Alhamdulillah, fitrah ini sahabat-sahabat mesti menghargainya. Jangan sesekali disiakan.

Tidak putus ada sahabat-sahabat yang bertanyakan tentang fitrah cinta ini.

Sesungguhnya, tidak ke mana pun kehidupan kita jika tidak berpaksikan wahyu. Diri tetap akan dibelenggu dengan pelbagai persoalan dan resah. Jadikanlah islam sebagai cara hidup dan jangan sesekali dipisahkan.

Aku juga masih belajar dan aku sedang memahami cinta berpaksikan wahyu.

Couple dan cinta merupakan sesuatu yang amat berbeza di mana cinta boleh sahaja dirasai tanpa couple. Tetapi adakah couple itu cinta? Atau boleh sahaja bercouple tanpa cinta? Kalau ada yang mengatakan bahawa mereka yang di luar sana bercouple kerana cinta, aku tetap mengatakan ianya sesuatu yang amat sia-sia.

Berpaksikan wahyu teras utama, tetapi couple adakah ianya berteraskan wahyu?

"Tidak payah bersentuhan tangan kerana mereka sudah bersentuhan hati, dan tidak payah berbalas-balas kerlingan mata kerana mereka sudah pun berbalas-balas doa."

Kata-kata di atas yang aku ingat semula di mana aku pernah terbaca, ianya memberi maksud yang mendalam. Orang yang betul-betul sayangkan seseorang tidak akan membawa orang yang dia sayang ke jalan yang dimurkai Allah.

Apabila sudah berpegangan tangan, apabila pandangan mereka tidak sekali dijaga dan hati tidak tenang sama sekali, itulah tandanya sudah hilang cinta dan rasa kasih sayang.

Sampaikan satu masa aku menitis air mata kerana hati ini terlalu banyak maksiatnya, terlalu banyak dosanya.. dan aku akui.. hati aku sekarang tidak baik.. menanti sesuatu yang tidak pasti.. Terasa begitu jauh dengan Tuhan.. mungkin Ramadhan ini ada hikmahnya.. mengajar aku untuk lebih bertenang... Moga berterusan..

Moga Allah pelihara hatiku untuk terus tunduk dan malu kepada-MU Tuhan...

Wednesday, August 10, 2011

WORDLESS WEDNESDAY #4


Andai aku punya iman sebegini... pasti akan kuat semangatku untuk menempuh hari-hari kemudian...



p/s~ Jodoh itu rahsia Allah.. siapa kita untuk menidakkannya.. (^_^)

KISAH SEMALAM


Salam to all... oooo baru aku ingat, hari ni rabu yer tak.. haaa jap kang aku wat WORDLESS WEDNESDAY ea... kali ni nak citer pasal kisah semalam, kisah semalam yang membuatkan aku teringat kisah lampau, kisah semalam yang membuatkan aku mengimbas 1001 satu kenangan, (maaf entry ni akan membuatkan kowang batal pose sebab akan muntah melebihi dos hahaha, aku tataw nak luah ke mane, so aku decide untuk luahkan ke blog, sorry again!)

Semalam... adik aku bawak bakal jodoh beliau datang berbuka puasa kat rumah, honestly, i like that boy, dia boleh buat adik aku happy, dia boleh bergurau senda dengan mak aku, dia boleh melayan adik laki aku yang tingtong tu dan aku pasti dia boleh bahagiakan adik aku jika jodoh diorang ada. Dan aku tak kisah andai kata, satu hari nanti adik aku kahwin dulu daripada aku, jodohnya dah sampai. Aku tumpang gembira.

Cuma semalam aku sebak, aku sebak terkenangkan yang lalu hahahaha (it's so stupid of me i think) yeahhh.. aku teringat pada my first, dulu.. dia pon selalu datang berbuka dekat rumah, bergurau ngan mak aku, melayan adik-adik aku.. 4 tahun.. banyak benda yang jadi, banyak kenangan yang terjalin, banyak kisah yang tercatit... tapi tu semua da tinggal kenangan, tapi aku still simpan mesej-mesej dia, nombor dia.. hahahaha aku rasa aku da gila nih.

And now.. aku ada someone... tapi aku tataw sama ada dia yang tak layak untuk aku, atau aku yang tak layak untuk dia.  Sedaya upaya aku try untuk buat dia happy, walaupun kami jauh.. Sedaya upaya jugak aku try membuatkan kami dekat walaupun hakikatnya kami tetap jauh.. Dia sangat berbeza dengan yang pertama, macam langit dengan bumi! Honestly, aku tak happy, aku cuba happykan diri aku, tapi sebenarnya aku langsung tak happy.  Selalu aku cuba untuk padamkan status dekat facebook aku, tapi selalu jugak tangan aku susah untuk klik butang pangkah tu.  Sebab aku pikir, apa yang akan jadi pada dia, boleh ke dia terima, macam-macam aku pikir, rasa bodoh pikirkan orang yang tak pikirkan kita. Sangat bodoh!  Tapi aku still tak buat pon.. hahahaha, aku ni ke yang terlalu baik, ataupun terlalu bodoh aku pon tataw.

p/s~ Cemburu melihat orang sekeliling aku bahagia.

Thursday, August 04, 2011

BATAL KE PUASA KALAU KOREK HIDONG DAN TELINGA?


Salam to all, pergh.. arini memang aku mood rajen terlebey, hahaha, korang pernah tak tyme pose korek hidong, takpon korek telinga, pastu ada orang nampak dan kate ko da terbatal pose sebab masukkan sesuatu ke dalam rongga? Aku pernah, dan aku cam pehal lak nak batal pose, aku korek idong jer pon, bukannye aku makan dan buat aku kenyang. Dan ramai yang persoalkan balek bile aku jawab tak batal pose kalo korek idong. huahuahua. Pada semua, KETAHUILAH KOREK IDONG DAN TELINGA ITU TIDAK MEMBATALKAN PUASA. Sebab? nah aku kopi paste jer dari tenet, kang aku bagi hujah aku sediri takot lak korang tak fahamkan?

Soalan:

Batal kah puasa kalau kita korek hidung atau buang tahi telinga. Kalau masukkan air dlm hidung adalah sunat semasa mengambil wuduk, membuang najis dalam rongga pun dikira batal ke tidak? Ada tak dalilnya?

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Mengeluarkan kotoran daripada hidung dan telinga tidak membatalkan puasa. Kerana ia bukan dikira makan dan minum, dan tidak boleh disamakan makna dengan makan dan minum.

Memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudhu’ juga tidak membatalkan puasa, tetapi janganlah berlebihan. Dalam hadis Laqit bin Shabirah:

Maksudnya: Berlebih-lebihlah dalam istinsyaq kecuali jika kamu berpuasa.
Direkod oleh Abu Daud (no: 142), Tirmizi (no: 788), Nasaie (no: 87) dan Ibn Majah (no: 407).

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net


p/s~ Kalo da tatau tu.. kenela rajin-rajinkan diri mencari jawapan, mane nak dapat ilmu kalo malas nak mencari ye tak?  Tapi kalo korang korek idong or tinga, and then tetibe rase stim semacam, haaa yang tu memang kene cepat kawen la tu, carikla pulak dalilnya wakakakaka ;p





MySpace Layouts
MySpaceLayouts