Wednesday, March 13, 2013

...NTAH...


Assalamualaikum dan salam sejahtera ewahhh!!

Oh sekali lagi di tahun baru, dan blog aku masih seperti dulu hahahaha, puih! takde benda nak citer walau banyak benda yang berlaku, standardla kan, kehidupan seorang manusia normal seperti aku harusla ada pasang surutnya.. tapi yang pasti, setiap yang di ambil pasti ada yang diganti, setiap kekecewaan itu pasti ada terselit kegembiraan, kita tak boleh expect benda dalam kehidupan kita semuanya indah.. kalau semuanya mengikut apa yang kita mahu tiadalah wujud perkataan 'dugaan' dan 'cabaran'. Dunia tak bermakna kalau perkara baik sentiasa ada. Dia mesti ada pasangannya iaitu buruk. Dan setiap perkara itu mesti ada pro n cons dia. 

Well, dari sudut perspektif aku, walau macamana sedih pun kita, walau macamana kecewa pun kita, dan walau macamana benci pun kita pada sesuatu perkara, atau pada individu, atau pada persekitaran, pandanglah dari sudut yang positif, walau kita tak suka pun dengan perkara-perkara itu.. bersabarlah dalam setiap dugaan dan cabaran.

Nak berjaya tak semudah apa yang kita lihat, betapa banyak perkara perlu dikorbankan, betapa banyak gunung ganang, bukit bukau, semak samun yang perlu didaki, yang perlu diredah, yang perlu di harung.  Jangan kau jatuh kerana kata-kata manusia, mereka tak mampu buat apa kerana mereka juga makhluk Allah.  

p/s~ dah macam diari pulak blog ni. ok sesi membangkitkan aura dalam diri dah tamat hahahaha sekian, terima kasih.

2 comments:

  1. perghhhh!! perghhhh!!!

    semangat ai ternaik sama ni. muahahaha....

    ReplyDelete
  2. hahaha bagos2! mari kite memotivasikan diri muahaha

    ReplyDelete



MySpace Layouts
MySpaceLayouts