Wednesday, October 23, 2013

Kenapa?



Assalamualaikum semuanya.. 

Blog ni memang da jarang untuk dibuka, lebih kepada diari hati yang meminta untuk difahami tapi diri sendiri pun tak faham diri sendiri.. macamana pula orang lain nak faham ^_^ ok mengarut saja aku ni.

Kadangkala memang aku tak faham, kenapa perlu menyukai dia yang takkan mungkin aku miliki.  Ya, aku telah mengagumi seseorang, tapi dalam senyap, dalam diam, dalam tiada siapa yang tahu.

Bicara hati memang dari DIA yang SATU, sedang memujuk hati bahawa ini hanyalah satu ujian.

Mungkin aku patut mengelak, atau biarkan saja.  Kerana aku rasa aku sedang berpura-pura untuk tidak punya apa-apa rasa ketika berhadapan dengan seseorang itu.

Dan memang jangan terlalu baik dengan aku, kerana hati aku walaupun cuba dikeraskan, lama-lama lembut juga dengan kebaikanmu.  Aku pinta kita agar tahu batas erti persahabatan, kerana aku hanya ingin menjadi sahabat, bukan lebih dan bukan kurang. Cuma sahabat. Dan tiap kali itu jugalah yang kau sering perkatakan.. sahabat.

Cukuplah apa yang aku rasa itu, aku tidak mengharap kau rasa yang sama, sebab aku tahu aku siapa, aku tahu aku bagaimana, dan seseorang seperti kamu, aku doakan berjumpa juga dengan seseorang yang selayaknya untuk kamu.

Cukuplah aku hanya menjadi seorang sahabat, yang hanya menyukaimu dan mengagumimu dalam diam. :)

Friday, March 29, 2013

~~ADUHAI~~


Assalamualaikum,

Aku nak buat sesi luahan perasaan nih, nak tulis kt fb nnt ramai plak yg skodeng, tak sure aku ade stalker ke tak, so better aku tulis di sini sbb tak ramai taw aku ade blog, hahahahaaha

Aku ingat kisah antara aku, dia dan dia sudah habis, rupenya tak habis lagi... aigoooo kenapalah aku mesti dapat tahu benda-benda yang aku rasa aku tak perlu nak ambil tahu?? Aku tak tahu kenapa mesti dia nak reka-reka cerita lagi pasal aku.

Ko tinggalkan aku, ok go ahead! Ko bagi janji2 palsu kt aku dan dia, ok yang tu aku dapat tahu, so aku move on, then ko yang inbox aku kata suh aku lupakan kau kan? suh aku pergi kan? haaa aku pegila ni bengong, da jauhhhhh da ni aku pegi, pastu da lame sket aku dapat tahu yang ko da jumpa dia yang baru pulak, ok la... tapi dalam ko da ade yang baru, ko whatsapp dan inbox fb aku pulak tanya kan kabar aku, apakah kau ni? oritela sbb aku baik, jadi aku pn borak2 yang baikla kan.. hahahaha

Setelah itu.. ko show off pulak gambar kau dgn si dia itu.. very da good... tkpa aku harap si dia tak kena game dgn kau, tapi mengapa oh mengapa.. ko nak wt citer, mengatakan aku ada lagi mengganggu hidup kau, mengapa oh mengapa? wehhh aku da tak nak ingatla perkara tu, aku pon taktaw camane aku bole syg giler kat org saiko cm ko nih.. memang aku buta hati sungguhlaaaa haaihhhh.. xpela wahai ko, teruskan la cerita macamkan aku yang jahat dan engkau yang baik, tidak mengapa.. berat sikit bahu belah kanan aku tanggung banyak pahala. sekian terima kasih.

p/s~ Biar orang buat kita, jangan kita buat orang

p/s2~ aku harap kau ikhlas dengan yang baru ni, sila ikhlas! kalo ko nak cita yang buruk2 psl aku pada kawan2 kau, n pada dia.. makesure ko cite skali ape yg ko da buat pd aku. ok? keep smiling ^____^

Wednesday, March 13, 2013

...NTAH...


Assalamualaikum dan salam sejahtera ewahhh!!

Oh sekali lagi di tahun baru, dan blog aku masih seperti dulu hahahaha, puih! takde benda nak citer walau banyak benda yang berlaku, standardla kan, kehidupan seorang manusia normal seperti aku harusla ada pasang surutnya.. tapi yang pasti, setiap yang di ambil pasti ada yang diganti, setiap kekecewaan itu pasti ada terselit kegembiraan, kita tak boleh expect benda dalam kehidupan kita semuanya indah.. kalau semuanya mengikut apa yang kita mahu tiadalah wujud perkataan 'dugaan' dan 'cabaran'. Dunia tak bermakna kalau perkara baik sentiasa ada. Dia mesti ada pasangannya iaitu buruk. Dan setiap perkara itu mesti ada pro n cons dia. 

Well, dari sudut perspektif aku, walau macamana sedih pun kita, walau macamana kecewa pun kita, dan walau macamana benci pun kita pada sesuatu perkara, atau pada individu, atau pada persekitaran, pandanglah dari sudut yang positif, walau kita tak suka pun dengan perkara-perkara itu.. bersabarlah dalam setiap dugaan dan cabaran.

Nak berjaya tak semudah apa yang kita lihat, betapa banyak perkara perlu dikorbankan, betapa banyak gunung ganang, bukit bukau, semak samun yang perlu didaki, yang perlu diredah, yang perlu di harung.  Jangan kau jatuh kerana kata-kata manusia, mereka tak mampu buat apa kerana mereka juga makhluk Allah.  

p/s~ dah macam diari pulak blog ni. ok sesi membangkitkan aura dalam diri dah tamat hahahaha sekian, terima kasih.

Tuesday, October 23, 2012

ADEK ANGKAT?? PERLU KE??

Assalamualaikum korang! hehe, rase lama gila tak mencoret disini.. siyesly banyak benda yang berlaku sekarang, guest what?? i'm single again! hailaaa penat la berchenta, pastu single.. pastu chenta lg pastu single, puih la! menghabiskan borasss jo!! lagu-lagu chenta sekarang sangatlah annoying di pendengaran aku... nak hidup mati bersama.. nak setegok air chenta.. hidup pon da tak tentu arah.. apekan lagi nak mati sama-sama.. siyesly puih!! hahaha

Dan satu benda yang annoying.. bila seseorang nak menjadi adik angkat aku.. what de hell umo ko da 21 kot... ko ade abang, ade kakak, lagi mau aku ka?? tak payahla... kate jerla ko da tangkap chenta ngan aku.. muahahaha!! tak perlu nak selindung menjadikan aku seseorang yang terangkat-angkat ;p  Adik-adik aku yang tiga orang tu pon aku tak terjaga lagi maw tambah lagi sorang.. tak payah.. again.. puih! tak payahla dik non.. ahkak ni baru patah hati.. tak perlu la nak mematahkan lagi haha.. ko jd jerla skandal ahkak.. anak ikan pon anak ikan laaa.. janji boleh ratah, nyum!

p/s~ Aku rasa baru aku taw kot perasaan putus chenta tu camna.. siyesly aku rasa diri aku yang psiko sekarang.. bila bukak fb aku rasa aku nak stalker die... bile bukak twitter, lagi la aku nak stalker dia.. dan dan tu pulakkk laaa ko buat public twitter ko kan.. sedapla aku membaca.. pastu sendiri yang sakit hati.. macam takde keje pulak aku ni... -_-"

p/s2~ Kepada awak.. saya nampak awak bahagia.. jadi saya doakan semoga saya pon bahagia dengan kehidupan saya, amin!

p/s3~ Setiap yang berlaku ada hikmah... Aku tau aku cukup tabah nak mengharunginya... kalau tak Allah S.W.T takkan uji aku macam ni :D  INGATLAH ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA.. BUKANKAH DENGAN MENGINGATI ALLAH HATI AKAN MENJADI TENANG? :))

Wednesday, January 18, 2012

I'M BACKKKKKKKKKK!!!!

ehhh.... da 2012????? lame giler aku tido, asal takde sape kejotkan aku nih hahahaha.

Aku sangat malas sekarang, dok usha blog orang, blog sendiri tak berjalan langsung kehkehkeh, ada yang rindu aku, (smbil pandang keliling) ok takde. aku chow hahahaha.

p/s : alahai sorilah sape2 yg pernah singgah sini, aku jadi malas la sekarang nih.. setan aku lagi banyak menghasut dari merajinkan diri aku. kihkihkih, insyaAllah aku hapdet lagi blog ni k. sayanggggg korang!!! mmmuahhh!!!


MySpace Layouts
MySpaceLayouts