Friday, March 29, 2013

~~ADUHAI~~


Assalamualaikum,

Aku nak buat sesi luahan perasaan nih, nak tulis kt fb nnt ramai plak yg skodeng, tak sure aku ade stalker ke tak, so better aku tulis di sini sbb tak ramai taw aku ade blog, hahahahaaha

Aku ingat kisah antara aku, dia dan dia sudah habis, rupenya tak habis lagi... aigoooo kenapalah aku mesti dapat tahu benda-benda yang aku rasa aku tak perlu nak ambil tahu?? Aku tak tahu kenapa mesti dia nak reka-reka cerita lagi pasal aku.

Ko tinggalkan aku, ok go ahead! Ko bagi janji2 palsu kt aku dan dia, ok yang tu aku dapat tahu, so aku move on, then ko yang inbox aku kata suh aku lupakan kau kan? suh aku pergi kan? haaa aku pegila ni bengong, da jauhhhhh da ni aku pegi, pastu da lame sket aku dapat tahu yang ko da jumpa dia yang baru pulak, ok la... tapi dalam ko da ade yang baru, ko whatsapp dan inbox fb aku pulak tanya kan kabar aku, apakah kau ni? oritela sbb aku baik, jadi aku pn borak2 yang baikla kan.. hahahaha

Setelah itu.. ko show off pulak gambar kau dgn si dia itu.. very da good... tkpa aku harap si dia tak kena game dgn kau, tapi mengapa oh mengapa.. ko nak wt citer, mengatakan aku ada lagi mengganggu hidup kau, mengapa oh mengapa? wehhh aku da tak nak ingatla perkara tu, aku pon taktaw camane aku bole syg giler kat org saiko cm ko nih.. memang aku buta hati sungguhlaaaa haaihhhh.. xpela wahai ko, teruskan la cerita macamkan aku yang jahat dan engkau yang baik, tidak mengapa.. berat sikit bahu belah kanan aku tanggung banyak pahala. sekian terima kasih.

p/s~ Biar orang buat kita, jangan kita buat orang

p/s2~ aku harap kau ikhlas dengan yang baru ni, sila ikhlas! kalo ko nak cita yang buruk2 psl aku pada kawan2 kau, n pada dia.. makesure ko cite skali ape yg ko da buat pd aku. ok? keep smiling ^____^

Wednesday, March 13, 2013

...NTAH...


Assalamualaikum dan salam sejahtera ewahhh!!

Oh sekali lagi di tahun baru, dan blog aku masih seperti dulu hahahaha, puih! takde benda nak citer walau banyak benda yang berlaku, standardla kan, kehidupan seorang manusia normal seperti aku harusla ada pasang surutnya.. tapi yang pasti, setiap yang di ambil pasti ada yang diganti, setiap kekecewaan itu pasti ada terselit kegembiraan, kita tak boleh expect benda dalam kehidupan kita semuanya indah.. kalau semuanya mengikut apa yang kita mahu tiadalah wujud perkataan 'dugaan' dan 'cabaran'. Dunia tak bermakna kalau perkara baik sentiasa ada. Dia mesti ada pasangannya iaitu buruk. Dan setiap perkara itu mesti ada pro n cons dia. 

Well, dari sudut perspektif aku, walau macamana sedih pun kita, walau macamana kecewa pun kita, dan walau macamana benci pun kita pada sesuatu perkara, atau pada individu, atau pada persekitaran, pandanglah dari sudut yang positif, walau kita tak suka pun dengan perkara-perkara itu.. bersabarlah dalam setiap dugaan dan cabaran.

Nak berjaya tak semudah apa yang kita lihat, betapa banyak perkara perlu dikorbankan, betapa banyak gunung ganang, bukit bukau, semak samun yang perlu didaki, yang perlu diredah, yang perlu di harung.  Jangan kau jatuh kerana kata-kata manusia, mereka tak mampu buat apa kerana mereka juga makhluk Allah.  

p/s~ dah macam diari pulak blog ni. ok sesi membangkitkan aura dalam diri dah tamat hahahaha sekian, terima kasih.


MySpace Layouts
MySpaceLayouts