Wednesday, October 23, 2013

Kenapa?



Assalamualaikum semuanya.. 

Blog ni memang da jarang untuk dibuka, lebih kepada diari hati yang meminta untuk difahami tapi diri sendiri pun tak faham diri sendiri.. macamana pula orang lain nak faham ^_^ ok mengarut saja aku ni.

Kadangkala memang aku tak faham, kenapa perlu menyukai dia yang takkan mungkin aku miliki.  Ya, aku telah mengagumi seseorang, tapi dalam senyap, dalam diam, dalam tiada siapa yang tahu.

Bicara hati memang dari DIA yang SATU, sedang memujuk hati bahawa ini hanyalah satu ujian.

Mungkin aku patut mengelak, atau biarkan saja.  Kerana aku rasa aku sedang berpura-pura untuk tidak punya apa-apa rasa ketika berhadapan dengan seseorang itu.

Dan memang jangan terlalu baik dengan aku, kerana hati aku walaupun cuba dikeraskan, lama-lama lembut juga dengan kebaikanmu.  Aku pinta kita agar tahu batas erti persahabatan, kerana aku hanya ingin menjadi sahabat, bukan lebih dan bukan kurang. Cuma sahabat. Dan tiap kali itu jugalah yang kau sering perkatakan.. sahabat.

Cukuplah apa yang aku rasa itu, aku tidak mengharap kau rasa yang sama, sebab aku tahu aku siapa, aku tahu aku bagaimana, dan seseorang seperti kamu, aku doakan berjumpa juga dengan seseorang yang selayaknya untuk kamu.

Cukuplah aku hanya menjadi seorang sahabat, yang hanya menyukaimu dan mengagumimu dalam diam. :)


MySpace Layouts
MySpaceLayouts